Bila tiba hari nak bersalin, suami lah paling gementar dan berasa cuak kan? Lebih-lebih lagi yang baru pertama kali berdepan dengan situasi isteri melahirkan anak. Yelah suami mana nak melihat isterinya tanggung kesakitan tapi ia satu pengalaman yang paling indah buat bakal bergelar ibu dan bapa setelah cahaya mata yang ditunggu-tunggu selama 9 bulan 10 hari. Buat semua suami, anda perlu tahu bahawa isteri sangat memerlukan kehadiran dan sokongan saat-saat mahu melahirkan anak. Dengan semangat yang diberikan mampu meredakan rasa sakit kontraksi dan proses bersalin pun berjalan lancar.
Dapat hilangkan debar dan gemuruh. Secara tidak langsung sokongan dari suami dapat mengurangkan kesakitan. Contohnya pegang tangan isteri, gosok belakang isteri dengan iringi selawat dan zikir. – zikir nabi yunus atau yasin.
Kehadiran suami saat2 isteri bertarung nyawa untuk melahirkan anak sangat membantu lebih2 lagi jaga emosi isteri sangat penting. Isteri akan rasa dihargai dan disayangi setelah berkorban untuk melahirkan zuriat mereka bersama.
Saat inilah kita sebagai seorang suami melihat sendiri pengorbanan isteri bertarung nyawa melahirkan cahaya mata. Kalau boleh, sakitnya isteri tu kita yang nak rasa, nak tanggungkan? Lebih-lebih lagi berhadapan dengan dua nyawa.
Saat ini lah juga kita akan rasa belas kasihan terhadap isteri, terus menginsafi segala perbuatan kita terhadap isteri, mengagumi jasa dan pengorbanan isteri mengandung dan melahirkan anak. Besar sungguh pengorbanan isteri jadi hargailah sebaik-baiknya
Bila dalam keadaan panik, fikiran isteri akan terganggu malah cara-cara meneran dengan betul mungkin mereka akan lupa. Jadi sebagai seorang suami, bantulah isteri dengan cara betul untuk meneran. Pandai mainkan emosi isteri supaya kesakitan yang ditanggungolehnya dapat dikawal dengan baik.
Sentiasa bagi dorongan positif kepada isteri terutamanya ucapkan kata-kata yang indah dan banyakkan ucap terima kasih tanda kita menghargai jasa pengorbanannya bertarung nyawa demi anak.
Dalam labour room tolong jangan panik jangan takut! Isteri anda akan tambah panik dan stress. Jadi, anda harus bertenang, sentiasa bagi dorongan positif terhadap isteri.
Banyakkan luang masa dengan isteri semasa isteri menghadapi kontraksi, dan banyakkan berzikir bersama supaya proses bersalin berjalan dengan lancar.
Kehadiran suami sangat penting saat isteri melahirkan anak. Zaman sekarang banyak hospital mahupun kerajaan atau swasta yang membenarkan suami menemani isteri ketika bersalin. Pada masa yang sama kehadiran suami pun dapat bantu meredakan keadaan lebih-lebih lagi buat bakal ibu bapa yang berdepan dengan kelahiran pertama. Jadi wajarlah suami menemani isteri ketika bersalin tambah-tambah lagi banyak kebaikkan yang seorang suami akan dapat. Semoga bermanfaat!
Sumber: https://www.majalahpama.my/bapa-ini-kongsi-9-tips-suami-nak-teman-isteri-di-labour-room-jangan-lupa-buat-6-perkara-ini/