MOMMY YANG NAK BADAN KEKAL CANTIK AWET MUDA LEPAS BERSALIN WAJIB KONSISTEN AMALKAN 7 PETUA NI!

Akak yakin semua ibu-ibu inginkan badan yang cantik, awet muda dan slim persis anak dara selepas bersalin.

Tapi, akak tengok, masih ramai yang belum tahu cara atau petua yang betul untuk dapatkan tubuh badan yang cantik lepas bersalin.

Memandangkan ramai yang belum tahu, jadi akak nak share lah dengan mommy2 semua petuanya.

Insha Allah dengan amalkan 7 petua ni secara konsisten, mommy pasti akan dapat apa yang diidamkan… Selamat mencuba!

1.Sentiasa menyusu bayi

Sebelum ni, ramai ibu-ibu tak nak breastfeed sebab takut gemuk. Mereka fikir bila menyusu je pasti akan buat rasa lapar dan asyik nak makan je pastu badan gemuk.

Haa, kalau mommy ada mindset mcm ni, mohon buang jauh-jauh ye.

Sebenarnya, lagi kerap kita breastfeed, lagi cepat berat badan turun tau.. bukan tu je, rahim cepat kecut dan anak pon makin sihat nanti!

Jadi, kena kerap breastfeeding yee.

 

2. Badan kena sentiasa panas

Kena selalu makan makanan yang dapat memanaskan badan, baru la badan cepat berpeluh dan sihat.

Halia dan lada hitam sangat penting untuk makan! Nak makan jamu untuk panaskan badan pon boleh jugak incase malas nak cari bahan satu per satu. Hihi

Tapi sebelum minum, kena make sure anak dah xde jaundis ye.. kalau ada lagi, jangan minum sehingga betul-betul hilang jaundisnya.

 

3. Berbengkung

Bengkung ni disarankan pakai sekurang-kurangnya 100 hari selepas melahirkan anak tau. Tak kesah la nak pakai bengkung tradisional ataupun moden.

Tujuan bengkung ni adalah untuk memberi sokongan kepada otot perut yang sudah kendur

Tapi untuk ibu yang lahir secara operate, tidak digalakkan utk pakai bengkung tradisional sehingga sekurang-kurangnya 4-6 minggu tau.
Sebaliknya, digalakkan pakai bengkung moden.

Pastikan bengkung digunakan secara betul dan ketat ya. Kalau ada rasa bimbang tentang luka perut..sblum pakai bengkung, boleh alas dulu kawasan luka dengan sekeping tuala wanita.

4.Bertungku

Jangan pernah skip untuk bertungku tau. Sebabnya, bertungku ni elok mengecutkan rahim, melancarkan perjalanan darah untuk keluarkan darah kotor dan dapat memecah lemak badan.

Banyak lagi sebenarnya kebaikan bertungku ni… nanti bole google ye. Hihi

5. Diet yang seimbang

Banyakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, dan protein yang sihat ya mommy2. Kurangkan pengambilan garam dan gula sebanyak mungkin.

Elakkan juga minuman bergas dan minuman berkarbonat lain.

**Boleh cuba makan buah-buahan dan sayuran seperti betik, mangga, grapefruit, dan brokoli sbb ia boleh membantu kuruskan badan selepas bersalin.

6. Pakai stokin

Kaki make sure jangan sejuk ya. Ada sebab kenapa kaki kena make sure tak sejuk. Kaki la punca kalau tak jaga tau!

7. Berpantang dari bersama dengan suami

Sebaiknya elakkan la bersama dengan suami sekurang-kurangnya 100 hari. Tujuannya untuk mengelakkan dari perkara yang tidak diingini berlaku

Contohnya, jahitan terbuka, keluar darah banyak, rahim jadi makin lemah, penyakit dan lain-lain

Cukup sudah 7 petua atau amalan yang boleh digunakan untuk kekal cantik selepas bersalin.
Mudah mudahan dengan perkongsian ni, mommy dapat manfaatnya. Jangan lupa share dan tag dekat cik abng dan kawan2 ye.

KREDIT: siraplimau.blogspot.com, 9 bulan 10 hari

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal…
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu…
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Email : help@mamariam.com
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2024 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0

    Cart

    No products in the cart.

    Continue shopping