NOTIS LARANGAN KEPADA AGEN MAMARIAM

Ruj. Kami : M 12/2020

Tarikh       : 05 MEI 2020

 

MEMO

Kepada : Agen Website Mamariam Sdn Bhd

              Tuan/Puan,

              LARANGAN PENGEPOSAN PRODUK KELUARAN MAMARIAM KE ALAMAT SENDIRI

 

2.        Merujuk kepada perkara di atas, MAMARIAM SDN BHD menguatkuasakan larangan pengeposan produk keluaran mamariam ke alamat sendiri mulai 05/05/2020 (Selasa) selepas last submit order jam 8.00 pagi.

3.        Anda juga dilarang untuk membuat pengeposan ke alamat berdekatan anda seperti rumah jiran anda ataupun alamat pengeposan yang telah di  ‘rotate’. Alamat pengeposan perlulah direct kepada alamat pelanggan sahaja.

4.        Untuk makluman anda, pihak HQ telah mengesan dan mengenalpasti beberapa agen yang sentiasa menggunakan alamat yang sama dan alamat ‘rotate’ untuk tujuan pengeposan produk keluaran mamariam.

5.        Agen-agen tersebut juga telah disenarai pendekkan untuk diambil perhatian yang lebih serius. Beberapa agen berkenaan telah berada dalam rekod  pemerhatian kami.

6.        Namun, anda boleh mengepos ke alamat sendiri jika anda mematuhi syarat-syarat berikut:

i) Had maksimum pengeposan ke alamat sendiri adalah sebanyak 1 produk sahaja.

– Pakej Lengkap seperti Pakej Lengkap Ibu Hamil dan Pakej Lengkap Ikhtiar Hamil adalah dikira sebagai 1 produk

ii) Bilangan hari maksimum untuk anda membuat pengeposan ke alamat sendiri adalah sebanyak 3 hari sahaja untuk sebulan.

7.       Sebarang order yang tidak memenuhi syarat di atas setelah memo ini dikeluarkan tidak akan dilayan sama sekali dan tiada refund yang akan dibuat.

8.        Bagi keperluan customer Cash On Delivery (COD), anda tidak perlu risau kerana pihak kami telah menyediakan kurier yang terlibat bagi customer       yang menginginkan khidmat COD iaitu dengan menggunakan kurier DHL. Pihak kami akan update kembali berkenaan hal ini.

9.         Sila patuhi arahan yang telah ditetapkan oleh pihak kami sebelum tindakan lebih serius seperti campur tangan daripada pihak mahkamah dikenakan  ke atas anda.

 

Segala kerjasama daripada pihak tuan / puan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian, harap maklum.

Saya yang menjalankan amanah,

PIHAK PENGURUSAN MAMARIAM SDN. BHD.

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal…
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu…
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Email : help@mamariam.com
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2024 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0

    Cart

    No products in the cart.

    Continue shopping