PEMILIHAN PAKAIAN DALAM. BOXER VS SELUAR DALAM? YANG MANA MEMPENGARUHI TAHAP KESUBURAN LELAKI?

Bagi lelaki, pemilihan pakaian luaran memang menjadi suatu yang penting untuk mengayakan mengikut kepuasan diri sendiri. Namun begitu, bagaimana pula dengan pemilihan pakaian dalam? Adakah boxer atau seluar dalam menjadi pilihan mereka?

Pemilihan pakaian dalam ni bukan untuk keselesaan sahaja tetapi perlu diambil kira untuk menjamin tahap kseuburan. Tahap kesuburan dipengaruhi oleh jenis tekstur kain dan saiz pakaian dalam mempengaruhi tekanan suhu terhadap testis.

Suhu testis yang lebih rendah berbanding suhu tubuh badan adalah sangat diperlukan untuk menghasilkan sperma yang berkuantiti lagi berkualiti.

Menurut pakar Endokrinologi, Celia E Dominguez sebab mengapa testis berada di luar tubuh adalah kerana testis memerlukan suhu yang tidak panas untuk menghasilkan sperma yang berkualiti.

 

                          JADI BOXER/SELUAR DALAM MENJADI PILIHAN?

BOXER

~ Menurut kajian terkini yang diterbitkan dalam jurnal Human Reproduction, lelaki yang memakai boxer mempunyai kiraan sperma yang lebih banyak berbanding lelaki yang memakai seluar dalam!

~ Keduanya, Pemakai boxer mempunyai kadar follicle-stimulating hormone(FSH) yang lebih rendah berbanding pemakai seluar dalam. Bermakna di sini, boxer lebih baik dari seluar dalam.

SELUAR DALAM

~ Seluar dalam dikatakan akan menyebabkan testis mengalami tekanan suhu. Pemakaian seluar dalam yang terlalu ketat boleh meningkatkan suhu pada testis anda. Tapi ia sebenarnya bergantung kepada pemilihan saiz, bentuk dan tekstur kain yang mempengaruhi suhu testis. Suhu yang tidak kena, akan mempengaruhi tahap kesuburan lelaki.

 

*Walaubagaimanapun, ini bukan bermakna pemakai boxer akan menjadikan anda lebih subur kerana banyak lagi faktor lain yang mempengaruhi tahap kesuburan*

 

                                   SARANAN SEMASA WAKTU TIDUR

~ Tidur tanpa memakai pakaian dalam boleh membantu testis anda lebih sejuk dan nyaman sekaligus akan meningkatkan kualiti sperma anda ke tahap yang lebih baik.

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal…
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu…
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Email : help@mamariam.com
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2024 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0

    Cart

    No products in the cart.

    Continue shopping