Aktiviti harian mommy dan dady akan menjadi sibuk selepas kehadiran seorang cahaya mata. Penjagaan bayi yang baru lahir mungkin terhad dari segi penyusuan, mandi, menukar lampin dan memujuk.
Penjagaan kesihatan bayi juga amat penting kalau mommy dan dady tak nak stress kemudian hari. Jom sama-sama dapatkan strategi yang terbaik untuk menguruskan bayi baru lahir.
Menyusu bayi tidak kurang 8 hingga 12 kali sehari. Biasanya selepas 2 hingga 3 bulan bayi akan selesa dengan penyusuan sebanyak 6 hingga 8 kali sehari.
Sekiranya bayi selalu menangis ada kemungkinan bayi mommy lapar, perlu ditukarkan lampin, atau hendak menukar kedudukan kerana tidak selesa. Mommy dan dady akan tertekan sekiranya bayi anda menangis secara berterusan tanpa henti.
Apabila bayi berhenti menghisap, menutup mulut atau mengalih mulutnya dari puting, dia mungkin kekenyangan atau berehat sebentar. Cuba sendawakan bayi atau tunggu sebentar sebelum menyusukan sekali lagi. Sekiranya bayi kenyang, bayi akan mengelak daripada disusukan.
Mengikuti cara bayi menyusu sebagai contoh seperti menyusu secara mengiring, dan menggeliat, atau mengikut pergerakan bibir bayi.
Perhatikan kepuasan bayi antara masa penyusuan, kesihatan kulit dan peningkatan berat badan sangat penting. Bayi mommy mungkin tidak menyusu dengan secukupnya sekiranya dia kurang membuang air besar atau air kecil.