MOMMIES YANG NAK LUKA JAHITAN SELEPAS BERSALIN CEPAT SEMBUH WAJIB AMALKAN TIPS NI !!

“Berdenyut-denyut je rasa dekat jahitan bersalin ni, macam mana ya cara nk sembuhkan luka dgn cepat, nk buang air pon rasa ngilu je?”.
Haa mommies mesti pernah lalui situasi macam kat atas tu kan lagi-lagi yang bersalin secara normal, luka bersalin banyak pulak kena jahit. So harini akak nak share tips penjagaan luka bersalin, biar sakit tu dapat dikurangkan dan luka pon cpt sembuh.
Nak tahu apa? Meh akak share sikit. Mommies take noted ya!

1) Sapu Ubat Antiseptik

– Biasanya doktor akan bagi ubat antiseptik. So, jgn skip dan sapu pada bahagian jahitan luka bersalin.

2) Keringkan Luka Jahitan


– Selepas mandi atau ke bilik air, anginkan luka jahitan guna kipas lebih kurang dalam 10 minit. Pastikan kering baru pakai seluar dalam tau.

3) Tukar Tuala Wanita Dgn Kerap

– Tukar pad setiap 2-4 jam utk kekalkan kebersihan. Lap jugak kemaluan lepas buang air dengan tisu / kain bersih dari depan ke belakang tau.

4) Mandi Air Suam


– Haa yg ni dpt mmbntu bagi kelegaan dan keselesaan pada badan dan jugak luka jahitan.

5) Minum Air Secukupnya

– Air kosong jangan lupa minum secukupnya dan lebihkan makan makanan yang kaya serat supaya dpt elak sembelit.

6) Senaman Kegel/Kemut

– Senaman ni dapat bantu mempercepat proses pemulihan luka jahitan. Kalau ada kesempatan boleh la amalkan, senang je.

Okay itu sahaja tips yang akak ingin kongsikan dengan mommies. Moga-moga info ni bermanfaat buat mommies. Terima kasih sudi baca sampai habis ???

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal…
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu…
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Email : help@mamariam.com
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2024 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0

    Cart

    No products in the cart.

    Continue shopping