Sepanjang pregnant ni kan mesti ada yang selalu rasa sakit-sakit masa nak buang air kencing. Sakit dekat bahagian ari-ari, sampai nak kencing pun takut sangat! Pernah dengar tak kencing kotor?? Tak pernah dengar? Meh akak share sikit ye
Air kencing merupakan medium yang sesuai untuk penghasilan bakteria. Bakteria suka sangat tau hidup dalam urin kita ni.. bahaya tau.. sebab apa? Sebab urin mengandungi urea dan asid organik serta bacaan ph 5.5 iaitu sangat sesuai untuk pembiakan bakteria.
Menurut kajian hampir 50% wanita akan mengalami kencing kotor ni, paling kurang pun sekali setahun. Jika dibandingkan, peratusan wanita lebih cenderung dijangkiti oleh penyakit kencing kotor berbanding lelaki oleh kerana wanita mempunyai salur kncing (uretra) yang lebih pendek dan berada berdekatan dengan dubur (anus)
Alang-alang akak tengah free ni, akak selit sikit la ye tanda-tanda kencing kotor lain yang mungkin kita tak sedar. Antaranya adalah:
• Rasa sakit dan pedih ketika buang air kecil
• Kerap kencing dan kencing tidak lawas
• Air kencing bewarna keruh, berdarah dan berbau
• Rasa sakit di bahagian badan dan ari-ari
• Sakit belakang dan pinggang
• Demam, selalu loya dan muntah
Mungkin dah ada yang mengalami simptom macam akak senaraikan kat atas ni. Awas! Mungkin anda dah dijangkiti penyakit ni. Tapi jangan risau tau, kat sini akak sertakan sekali tips untuk mencegah kencing kotor supaya dapat dijadikan rujukan sepanjang pregnant ni
Kerap minum air dan minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ini akan membantu pembuangan air yang lebih kerap. Pembuangan air yang kerap adalah bagus kerana kuman dan bakteria dapat dinyahkan sehingga air kencing kembali jernih
Jangan menahan dan tangguhkan jika ingin membuang air kencing. Terus buang jika ingin berbuat demikian. Penangguhan akan mengalakkan pembiakan bakteria di dalam air kencing.
Sentiasa memakai pakaian pakaian dalam yang longgar dan elakkan memakai pakaian yang terlalu ketat. Cara terbaik, pilih pakaian yang diperbuat dari fabrik kapas dan elakkan seluar dalam yang diperbuat dari fabrik nilon dan ketat sepanjang hamil.
Ambil vitamin c secara berkala. Vitamin c mampu meningkatkan tahap keasidan air kencing ,seterusnya boleh mengurangkan jumlah bakteria disebabkan peningkatan bacaan ph dalam urin. Boleh juga tau amalkan buah-buahan yang kaya dengan vitamin c seperti buah oren dan delima
Cara terbaik untuk mencegah dan merawat kencing kotor adalah dengan membuat pemeriksaan lanjut di hospital atau klinik berdekatan. Rujuk doktor yang betauliah untuk dapatkan pandangan serta nasihat.
Semoga semua bakal mommies dipermudahkan sepanjang tempoh kehamilan. Terima kasih sebab luangkan masa baca entry akak untuk kali ni. Stay tuned tau, banyak lagi info2 menarik akak nak share lepas ni.. hihi
Sumber: https://siraplimau.com/masalah-kencing-kotor/