SANGAT MUDAH BAHAGIAKAN HATI ISTERI KETIKA HAMIL, JADI SUAMI PERLU AMBIL PERANAN

 

Suami adalah insan penting perlu berada di sisi saat isteri sedang hamil. Suami yang baik akan sentiasa cakna dan peka, memberi lebih perhatian akan kesihatan isterinya ketika hamil. Isteri ni hatinya lembut dan mudah tersentuh apatah lagi masa hamil. Isteri mudah ‘meragam & merengek’ mengalahkan bayi.

Suami jangan cepat melatah sebaliknya banyakkan bersabar yee. Jadi, suami wajib tahu cara tackle perasaan isteri semasa hamil seperti :

1. Bagi Kata-kata Semangat pada isteri


Ketika hamil, emosi isteri mudah tersentuh dan tak menentu. Isteri sebenarnya risau jika perubahan fizikal pada diri buatkan suami tak suka. Tapi sebagai suami yang prihatin, ungkaplah kata-kata yang baik kepada isteri kerana dia berkorban nyawa demi zuriat yang bakal dilahirkan. Contohnya,

“Semakin berseri serilah isteri abang sejak mengandungkan anak kita ni. Saaaaayaaangg isteri abang banyak- banyak. Terima kasih sayang kerana sentiasa kuat untuk anak kita”

2. Mengaji Al-Quran, Berzikir & Selawat

Suami perlu mengaji, berzikir atau selawat di sebelah isteri sambil menyentuh perut isteri serta mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran dengan lebih kuat. Lagi bagus kalau suami ajaklah isteri sama-sama luangkan masa untuk mengaji bersama.

3. Bawa Isteri Berjalan dan gembirakan hatinya


Jangan kerap tinggalkan isteri terlalu lama di rumah terutamanya semasa hamil. Pada saat hamil inilah isteri nak suami sentiasa ada bersama. Jadi sekali sekala bawalah isteri keluar berjalan jalan walaupun sekadar mengambil angin di pantai. Ini sudah cukup membuatkan hati isteri gembira.

4. Bantu Isteri Uruskan Kerja Rumah dan Anak

Hal ini sangatlah penting antara suami dan isteri. Ramai suami yang ambil mudah akan tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak. Semasa hamil inilah isteri sangat perlukan suami untuk bantu uruskan kerja rumah dan anak. Jangan asyik fikir tidur nyenyak diri sendiri je tanpa fikir tidur dan rehat isteri. Jadilah suami yang prihatin dan memahami isteri khususnya ketika isteri sedang hamil.

5. Masa Isteri Mengadu Sakit Satu Badan, Urutlah

Masa isteri mengandung ni, isteri bukan tak lalu makan je, kadang-kadang kerap muntah. Tambah-tambah lagi bila dah masuk trimester kedua, isteri akan rasa penat seluruh badan. Urutlah isteri ketika hamil ye, cukup sekadar untuk hilangkan lenguh-lenguhnya. Bila mengurut tuu janganlah urut dengan kuat dan elakkan urut di bahagian perutnya. Urutlah dengan kasih sayang.

Untuk para suami yang mithali, lebihkan perhatian pada isteri yang sedang hamil dan sentiasa memberikan terbaik untuk isteri tercinta. Moga kasih sayang yang terjalin akan menguatkan lagi hubungan suami isteri.

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal…
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu…
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Email : help@mamariam.com
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2024 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0

    Cart

    No products in the cart.

    Continue shopping