Isteri merupakan bidadari di hati para suami. Take note tau para suami awesome di luar sana. Ketika isteri hamil ni lah mereka sangat-sangat memerlukan perhatian, kasih-sayang dan dorongan anda.
Mahukan si isteri sentiasa ceria sepanjang hamil? Ini antara perkara yang perlu cik suami lakukan jika sayangkan bidadari ini!
Ketika mengandung, isteri lebih mudah mengalami tekanan perasaan melampau dan sering berasa muram hinggakan perkara remeh pun boleh menyebabkan emosi terganggu dengan mudah.
Sebagai suami, peluklah tubuh isteri anda kerana pelukan anda mampu untuk menenangkan jiwa mereka yang tidak stabil. Biarkan isteri dapat rasakan kasih- sayang melalui pelukan anda.
Merokok bukan sahaja membahayakan nyawa anda, malah turut membahayakan iseri dan kandungan.
Isteri anda amat memerlukan persekitaran yang selamat dan kondusif. Jadi, jika anda sayangkan isteri anda, adalah lebih baik jika anda hentikan terus tabiat merokok ini!
Suami penyayang, isteri pasti bahagia. Berilah kejutan buat isteri dengan memberikan hadiah sebagai tanda penghargaan buat bidadari yang telah mengandungkan zuriat anda. Pasti berbunga-bunga hati si isteri.