SEGERA KE HOSPITAL JIKA IBU BERPANTANG ALAMI 4 SIMPTOM BAHAYA INI!

Apabila bergelar seorang ibu, sudah semestinya jadual harian ibu akan berubah. Aktiviti harian ibu pun akan berbeza dengan sebelum kehadiran si kecil.Walaubagaimana pun, ibu tidak boleh mengambil mudah akan isu kesihatan sendiri walaupun dalam kesibukan menguruskan diri dan bayi. Ramai yang tidak sedar simpton- simpton yang membahayakan kesihatan ibu ketika berpantang. Apakah perkara-perkara yang perlu diambil perhatian dan ibu perlu segera ke hospital?

 

1) Darah nifas yang banyak

Darah nifas keluar dengan begitu banyak secara tiba-tiba (contoh : penuh satu pad dengan darah nifas dalam masa 1 jam). Ditambah pula jika anda berasa pening atau mengalami denyutan nadi yang laju, ianya mungkin petanda anda mengalami ‘postpartum haemorrhage’ atau dengan kata lain, tumpah darah. Jangan berlengah,ibu harus segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

2) Sakit kepala yang teruk

Jika ibu mengalami sakit kepala yang teruk diiringi dengan mata kabur, muntah dan kaki bengkak selepas bersalin, pergi ke hospital dengan kadar segera untuk mendapatkan rawatan. Kebiasaannya, simptom ini terjadi kepada mereka yang mempunyai rekod darah tinggi semasa mengandung.

3) Demam melebihi 38°c

Demam melebihi 38°C disertai dengan menggigil merupakan simptom berbahaya buat ibu berpantang. Wanita berpantang tidak boleh demam kerana ianya merupakan tanda anda mengalami jangkitan kuman yang mesti dirawat.

4) Sakit dada dan sukar bernafas

Sakit dada dan sukar untuk bernafas secara tiba-tiba juga salah simptom bahaya kepada ibu. Lagi membimbangkan jika disertai dengan batuk berdarah dan pening kepala. Ibu perlu segera berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya. Jika ibu berpantang mengalami simptom-simptom ini, ibu berisiko mengalami ‘pulmonary embolism’. Ia terjadi apabila terdapat ketulan darah (blood clot) tersekat pada salur darah arteri di paru-paru. Ianya sangat membahayakan dan boleh mengancam nyawa.

Oleh itu, ibu perlu segera ke hospital jika mengalami mana – mana simptom di atas ataupun simptom lain yang meragukan. Dalam masa yang sama ibu tidak boleh mengambil  mudah tahap kesihatan ketika berpantang. Pastikan ibu mendapat nutrisi daripada  makanan yang berkhasiat supaya tahap kesihatan berada pada tahap yang memuaskan dan dapat jalani tempoh berpantang dengan baik.

 

SUMBER : PANTANG PLUS

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal…
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu…
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Email : help@mamariam.com
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2024 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0

    Cart

    No products in the cart.

    Continue shopping