SILA AMBIL SERIUS TENTANG PANTANG SELEPAS KEGUGURAN DEMI KESIHATAN MASA HADAPAN !!!

Keguguran ketika mengandung boleh berlaku kepada mana-mana wanita2 hamil. Sebenarnya gugur ni lagi serius berbanding bersalin atau melahirkan. Penjagaan ketika gugur pun sangat-sangatlah penting. Jum baca tips kt bawah.

1) BERURUT

Anda boleh berurut seawal 3 hari selepas keguguran. Jangan terus berurut selepas keguguran ! Tunggu sekurang-kurangnya 3 hari supaya rahim sempat berehat.  Bila kita keguguran, berlaku luka pada rahim. Jadi, bagi masa pada rahim untuk berehat

2) BERTUNGKU

Bertungku ni seeloknya guna batu sungai. panas dari batu tungku akan membantu mengecutkan rahim selepas keguguran dan keluarkan semua sisa janin yang masih tertinggal. Bertungku ni elok juga untuk membetulkan perjalanan darah serta dapat merawat beberapa penyakit. Bertungku seeloknya dilakukan pada pagi dan petang .

3) BERBENGKUNG

Berbengkung ni membantu untuk menampung dan membantu rahim kecut dengan cepat. Berbengkung jugak dapat menguatkan kembali kedudukan tulang belakang dan mengetatkan otot perut yang longgar. Ia juga boleh mengelakkan perut dimasuki angin sebab jika tidak dibendung angin boleh menyebabkan meroyan.

4) BERSTOKIN

Tujuan stokin ni adalah untuk mengelakkan kaki daripada menyentuh secara langsung ke lantai dan boleh menyebabkan badan menjadi sejuk. Pakai stokin ketika berpantang dapat mengelakkan urat kaki kita daripada bersimpul dan lagi satu untuk elak angin masuk badan kita. Dengan memakai stokin ni, sedikit sebanyak kita dapat juga mengelak daripada terkena darah beku dalam saluran darah.

5) JAGA PEMAKANAN

Makanan yang perlu diamalkan semasa keguguran ni lebih baik mengikut piramid makanan. Sumber protein, vitamin dan garam mineral penting untuk merawat luka-luka  dalaman dan luaran untuk pembentukan tisu-tisu badan dengan lebih cepat.

 

6) SANGGUL RAMBUT TINGGI-TINGGI

Ikatan rambut yang kuat ni boleh menghalang angin memasuki tubuh melalui ubun-ubun, mengelakkan sakit kepala (migrain) dan rabun selepas berpantang.

7) ELAKKAN KELUAR DARI RUMAH

Hadkan pergerakan kerana boleh menyebabkan badan terasa lemah atau letih dan boleh menyebabkan anda mengalami demam yang teruk , pendarahan yang terlalu banyak atau lelehan berbau pada faraj.

LAGI BAGUS KALAU DALAM PANTANG AMALKAN :

AMALKAN JAMU PERIUK

– Merawat luka dalaman dan luaran kerana ada tannin

– Mengetatkan dan menguatkan otot faraj

– Mengecutkan Rahim

– Mengecutkan peranakan

– Melancarkan peredaran darah

– Menyegarkan tubuh badan dan menambah tenaga

– Menegangkan otot perut

– Mengetatkan otot faraj

– Mengatasi masalah haid tak teratur

– Mengatasi masalah buasir

– Melancarkan haid

– Buang angin

– Menghilangkan sakit sendi

AMALKAN JUS MAMARIAM

– Membantu menstabilkn hormon

– Membantu melancar dan menjadikn kitaran haid menjadi teratur.

– Membantu mnghilangkn rsa sakit sengugut

– Membantu merawat/ mencegah masalah cyst & fibroid

– Merawat masalah keputihan

– Menguatkn rahim

– Membanyakkn & mematangkan telur ovum

– Menambah tenaga

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal…
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu…
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Email : help@mamariam.com
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2024 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0

    Cart

    No products in the cart.

    Continue shopping