Kemurungan atau meroyan selepas bersalin adalah perkara yang biasa berlaku kepada setiap wanita yang melahirkan anak. Mengendahkannya boleh menyebabkan ia berlanjutan seumur hidup, terutama jika tidak dirawat. Emosi ketika hamil dan isu kegelisahan bukan sahaja membawa kesan kepada ibu tetapi juga kepada seluruh keluarga, terutamanya suami. Kemurungan selepas bersalin dalam kalangan lelaki ini dikenali sebagai paternal postpartum depression (PPPD).
PPPD akan menyebabkan seseorang merasa lesu, kekurangan tenaga, tiada mood untuk bergaul dengan rakan atau bersenam. Selain itu, seseorang akan mula merasa lebih kecewa dan menghadapi masalah untuk fokus di tempat kerja.
Menurut kajian, punca ia berlaku adalah sama seperti wanita juga iaitu perubahan paras turun naik hormon yang menyebabkan gangguan emosi.
Sekiranya anda atau pasangan anda mungkin mengalami kemurungan, tidak kira apa pun penyebabnya, jangan ragu-ragu untuk mendapatkan bantuan profesional. Terdapat ramai doktor dan kaunselor yang telah dilatih dengan baik untuk membantu pesakit yang menghadapi masalah kemurungan ini. Anda boleh memilih untuk mendapatkan terapi secara klinikal atau tradisional.
Sebagai contoh, dapatkan bantuan pakar seperti melakukan Terapi Seni Ekspresif. Terapi ini dapat membantu dari segi menyokong proses pertumbuhan mental, emosi dan pemikiran individu.
Berada bersama isteri secara fizikal dengan bekerja dari rumah dengan lebih kerap dapat membantu suami untuk mengenal pasti keperluan asasnya dan sekaligus dapat meningkatkan penghargaan diri.
Sebagai contoh, meluangkan masa berkualiti bersama isteri secara berdua-duaan dengan mendengar masalah isteri dan menunjukkan sifat empati. Di samping itu, suami juga boleh membantu isteri untuk melakukan kerja rumah
Bersosial merupakan salah satu perkara yang boleh membantu seseorang untuk mengatasi kemurungan. Sekiranya pasangan anda mengalami kemurungan, bantulah pasangan anda dalam mengeratkan hubungan bersama orang terdekat dan orang sekeliling.
Walaupun sibuk menguruskan anak yang baru lahir, mengatur perjumpaan kecil bersama ahli keluarga atau rakan dapat membantu seseorang untuk menguatkan lagi ketahanan mental dan emosi.
Walaupun agak sukar untuk mendapatkan tidur yang secukupnya, tetapi ia sangat penting bagi mendapatkan kesihatan dalaman yang baik. Ini kerana kurang tidur dianggap sebagai penyebab terpenting dari masalah kesihatan mental yang semakin memburuk.
Tidur yang cukup membolehkan badan kembali sihat dan cergas. Tidur yang tidak mencukupi akan merosotkan pemikiran dan ingatan, sekaligus akan menyebabkan kesihatan emosi anda merosot. Jadi, cari inisiatif untuk mendapatkan jadual tidur yang lebih baik. Sebagai contoh, pasangan suami isteri boleh menukar giliran dalam menguruskan dan menjaga anak yang baru lahir.