Waktu itulah suami perlu sentiasa berada dengan isteri untuk beri sokongan dan peka dengan setiap perubahan emosi dan fizikal yang dialami isteri selepas bersalin. Jadi ini adalah sedikit panduan yang suami perlu tahu dan kena ingatkan isteri apa yang perlu dilakukan selepas bersalin. Semoga mendapat manfaat.
Pastikan bayi disusukan dan dapat semua colostrum dari ibu sebab ianya sangatlah penting untuk melawan penyakit dari bayi. Sambil tu bolehlah ibu tatap puas-puas wajah si comel yang selama ini bermain dalam perut menemani kita.
Ibu jangan menangis atau marah-marah jika mengalami luka yang teruk kesan dari bersalin. Mungkin ada antara ibu yang menerima pethidine, entonox atau epidural. Majoriti ibu-ibu akan pilih epidural untuk kurangkan sakit kontrasi yang datang. Tapi ibu kena tahu kesan bagi setiap ubat-ubat ni selepas bersalin agar lebih bersedia.
Bayi yang baru lahir belum terbiasa lagi dengan dunia barunya. Jadi ibu kena fikir yang baik-baik untuk anak. Anak menangis ni sebab dia rasa takut dan nak rasa kehangatan pelukan dari ibu. Altenatif lain untuk kurangkan tangisan anak, boleh pasangkan alunan ayat-ayat Al-quran disebelah ibu dan bayi bagi mengelakkan dari terkena gangguan.
Ibu perlu sentiasa positif mental dan kena kuat fizikal terutama selepas bersalin. Buat suami, berilah sokongan pada isteri untuk menyusukan anak. Berikan isteri makanan terbaik untuk merangsang susu badan seperti buah-buahan sunnah dan makanan tambahan. Ibu juga perlu sentiasa percaya ada susu dan pegang niat untuk terus menyusu anak sehingga umur 2 tahun.
Para suami perlu beri perhatian pada keadaan isteri setelah berjuang melahirkan anak, tentulah ibu sudah kehabisan banyak tenaga. Pastinya akan rasa sangat lapar dan haus yang luar biasa. Jadi, ibu perlu makan dan minum untuk menambah kembali tenaga yang hilang. Buat suami,boleh sediakan siap-siap milo panas, kurma, roti, biskut atau nestum sebagai bekalan untuk isteri.
Jadi, para suami perlu sentiasa bersedia dan peka dengan tanggungjawab anda. Sentiasalah ingatkan isteri, beri sokongan moral dan sama-sama berkerjasama menjaga anak setelah isteri bersusah payah mengandungkan dan melahirkan zuriat anda. Hargailah setiap pengorbanan seorang isteri dan ibu kerana proses kehamilan, melahirkan, penyusuan dan menjaga anak bukanlah suatu perkara yang mudah.