Tak Sangka Rupanya 9 Makanan Ni Bagus Untuk Naikkan HB Ibu2 Hamil

Assalamulaikum dan hai mommy, mommy sihat? Btw, sebelum ni akak ada share pasal bahaya hb low ni. Mommy dah tengok?  Bahaya betul hb low ni utk ibu hamil kan… Harap2 tak berlaku lah
.
Jadi memandangkan harini akak banyak waktu free, jadi akak nak share 9 jenis makanan yang boleh diamalkan oleh mommy2 untuk tambah darah. No 9 tu akak paling suka. Nyumm nyumm
.
Jom kita lihat satu per satu …..

1. BUAH DELIMA

Seperti yang kita ketahui, buah delima sangat tinggi dengan asid foliknya. Jadi memakannya dengan kerap dapat mengurangkan gejala anemia.

2. KURMA

Kurma ialah makanan sunnah yang sangat bagus dimakan. Ini kerana khasiat kurma dapat meningkatkan penghasilan sel darah merah. Bukan tambah darah sahaja, kurma yang sedap dan manis turut dapat memberi tenaga kepada kita.

3. KISMIS

Untuk tambah darah sambil-sambil berehat, boleh kunyah buah kismis. Kismis dapat membantu melawan anemia semasa kehamilan. Oleh itu, kita boleh jadikan kismis sebagai snek harian kita dan pada masa yang sama juga, didiklah juga anak-anak untuk memakan kismis sejak kecil lagi.

4. DAGING MERAH

Kita perlu tahu yang kandungan zat besi dari sumber haiwan lebih mudah diserap berbanding sumber lain. Jadi memakan daging merah yang segar merupakan satu pilihan yang cukup tepat.
.
Ini kerana daging merah mengandungi kadar zat besi yang sangat tinggi dan dapat membantu mengatasi anemia sewaktu hamil.

5. BROKOLI

Brokoli amat bagus dimakan semasa hamil kerana ia mengandungi vitamin, zat besi, folat serta antioksidan yang mampu melawan penyakit dan jangkitan. Walaupun rasanya kurang sedap, telan sahaja. Bukan apa, untuk naikkan darah juga kan? Apa salahnya, telan terpaksa. Hihi

6. TELUR

Banyakkan makan telur bahagian kuning. Ini kerana kuning telur mengandungi banyak nutrient dan zat besi yang amat diperlukan penghidap anemia. Jadi, ia secara tidak langsung dapat mengekalkan jumlah haemoglobin dalam darah.

7.  PISANG

Sepertimana kita ketahui, buah pisang amat bagus untuk kesihatan. Jadi, pengambilan 2 biji pisang setiap hari sangat baik untuk ibu hamil. Ini kerana folat yang terkandung di dalam pisang dapat membantu dalam pertumbuhan janin serta penghasilan sel-sel baru.

8. KEKACANG

Kekacang juga merupakan salah satu sumber untuk mencegah anemia dan amat bagus untuk tambah darah. Contohnya, kacang badam, hazelnut, pistachio dan lain-lain lagi. Jadi, ambillah kekacang sebagai snek bagi menggantikkan makanan ringan.

9. JUS MAMARIAM

Yang terakhir ni makanan tambah darah yang paling akak suka. Sebabnya dalam jus ni dah ada delima, kurma ajwa, roselle, vco, badam, habatussauda, dan minyak zaitun yang mana diformulasikan khas sekali dalam satu botol. Jadi tak perlu nak susah-susah lagi nak cari buah satu-satu. Jimat masa!
.
Sejak consume ni, HB pun maintain paras 12. Alhamdulillah.
HARAPAN SAYA
Buat mommy2 diluar sana, jagalah kandungan sebaiknya. Jika ada masalah sewaktu hamil seperti anemia, tekanan darah tak normal atau sebagainya, cubalah berikhtiar apa sahaja bagi memastikan masalah tersebut dapat diatasi segera. Jangan biarkan ia berterusan kerana silap-silap boleh mengundang padah!
.
Akhir kata, mudah-mudahan info yang saya share ini dapat memberi manfaat kepada mommy. Selamat beramal dan jangan lupa share dekat kawan-kawan jugak.
KREDIT : siraplimau.blogspot.com

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal…
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu…
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Email : help@mamariam.com
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2024 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0

    Cart

    No products in the cart.

    Continue shopping