TANDA-TANDA MERBAHAYA PADA KANDUNGAN.

 

Apa khabar ibu hamil semua. Semoga berada dalam keadaan baik dan senantiasa berkobar kobar semangat harungi segala cabaran dan dugaan sepanjang preggy nih.

Hari ni akak rasa macam nak kongsi dengan ibu hamil pasal beberapa simpton nie yang mungkin kita anggap biasa jerr tapi sebenarnya agak bahaya terhadap kandungan dan juga diri kita. Meh baca kat bawah nie. Antaranya :-

1. Pergerakan janin minimum atau tiada pergerakan

Sekiranya anda mendapati janin anda hanya bergerak dalam kadar minimum atau langsung tiada tindak balas, perkara ini jangan dipandang ringan.

Janin berada dalam keadaan itu mungkin disebabkan tidak mendapat cukup oksigen atau permasalahan lain yang dapat mengancam nyawanya.

Paling baik, hitung pergerakan bayi anda setiap dua jam. Jika tendangan bayi kurang dari 10 kali maka anda harus segera berjumpa doktor.

2. Pendarahan pada faraj

Pendarahan ketika hamil boleh disebabkan oleh pelbagai faktor namun jika darah yang mengalir berserta sakit perut, kekejangan dan hampir pengsan ketika kandungan pada trimester pertama boleh menjadi petanda kehamilan itu di luar rahim.

Pendarahan berterusan dengan kekejangan juga boleh menandakan anda sedang mengalami keguguran ketika kandungan pada peringkat trimester pertama dan kedua.

Jika ia berlaku pada trimester ketiga, ia mungkin disebabkan oleh masalah plasenta yang terbentuk di dalam rahim.

3. Sakit kepala dan gangguan penglihatan

Jika anda mengalami sakit kepala kronik melebihi dua ke tiga jam berserta gangguan penglihatan, situasi itu mungkin petanda anda mengalami praeklampsia iaitu sejenis keadaan yang dikaitkan dengan tekanan darah tinggi serta kehadiran protein dalam air kencing.

Ia hanya akan berlaku pada wanita hamil selepas 20 minggu kehamilan.

4. Cecair keluar daripada faraj

Jika terdapat cecair yang keluar daripada faraj sebelum kandungan mencecah usia 37 minggu maka itu tanda air ketuban telah pecah lebih awal.

Segera ke hospital kerana selepas air ketuban pecah, bayi dalam kandungan terdedah kepada jangkitan.

5. Sakit dibawah perut

Kesakitan di bahagian bawah perut sama ada salah satu sisi atau kedua-duanya merupakan tanda kandungan berisiko untuk mengalami keguguran, kelahiran pra-matang, masalah plasenta dan sebagainya.

Tidak rugi untuk membuat pemeriksaan bagi memastikan kandungan dalam keadaan selamat. –

Sumber:
Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/xpose/famili

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal…
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu…
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Email : help@mamariam.com
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2024 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0

    Cart

    No products in the cart.

    Continue shopping