Alahan mengandung yang dialami menjadikan susah untuk sediakan makanan dan sering elakkan diri untuk masuk dapur, Ini adalah sebabnya!
Saat kehamilan adalah momen indah bagi setiap wanita. Ada sesetengah ibu hamil alami alahan yang teruk sehingga tak terdaya untuk lakukan sebarang pekerjaan. Muntah dan loya menjadi “sahabat” baik ibu hamil sepanjang tiga bulan pertama dan ada yang lebih teruk gejala ini dialami sehingga saat melahirkan bayi. Tabahnya!
Juga pelbagai ragam yang ibu hamil alami termasuk sukar untuk terima aroma sekeliling sampai tak mampu jejakkan kaki masuk ke bahagian dapur.
Bagi yang tak biasa mengalaminya akan menganggapnya keterlaluan atau mengada-ngada tetapi hakikatnya inilah satu “penyakit” ibu hamil yang suami wajib untuk paham. Antara cara mengatasinya :
1. Makan sedikit dan kerap.
Perut yang kosong boleh menambah rasa loya. Kekalkan tahap dalam darah yang stabil dan cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah sedikit sepanjang hari.
2. Makan bila perlu
Makan apa dan bila anda kehendaki, tetapi elakkan daripada makanan berlemak, berempah, berasid atau bergoreng. Ambil makanan yang kaya dengan protein dan vitamin B seperti yogurt. Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut juga boleh diambil.
3. Rehat yang cukup
Dapatkan rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat daripada bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.
4. Minum teh halia.
Sediakan teh halia menggunakan akar yang disagat atau ambil sirap halia atau pil. Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Namun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati. Ia juga tidak berkesan bagi sesetengah orang.
5. Jus Mamariam
Dengan amalkan Jus Mamariam juga dapatkan bantu kurangkan loya-loya dan alahan yang dialami ibu hamil serta atasi masalah yang biasa ibu hamil alami seperti:
– Masalah Hb yang rendah
– Mengurangkan keputihan yang teruk semasa hamil
– Cegah masalah sembelit ibu hamil
– Menjadikan energy booster
– Kurangkan morning sickness