Prosedur untuk pemeriksaan gula dalam darah adalah salah satu perkara yang paling dibimbangi oleh setiap ibu hamil.
Prosedur ini diwajibkan kepada ibu hamil yang mempunyai risiko kencing manis. Biasanya prosedur ini dilakukan semasa diawal kandungan dan perlu diulangi pada usia kandungan 24 hingga 28 minggu sekiranya ujian pertama adalah normal.
Kebiasaannya ibu hamil perlu berpuasa terlebih dahulu pada waktu malam sebelum meminum air gula pada keesokan harinya. Air gula perlu diminum sehingga habis tanpa muntah selepas pengambilan darah pertama. Sekiranya muntah semasa prosedur, ujian ini perlu diulang semula dari awal, kerana ia dikira batal. Selepas itu, ibu perlu meneruskan puasa selama 2 jam untuk pengambilan darah kali kedua.
Tarik nafas sedalam yang boleh sebelum minum air gula.
Selepas mengambil nafas dalam dan panjang, terus minum air gula dengan satu nafas. Jangan fikir, dan terus sahaja minum sehingga habis.
Selepas minum, berkumur dengan air untuk hilangkan rasa gula yang melekat pada mulut.
Cari tempat duduk yang selesa untuk berehat. Elakkan daripada berdiri terlalu lama.
Boleh menyapu sebarang minyak angin atau minyak aromaterapi yang sesuai untuk hilangkan mual dan kembali tenang.
Mudah kan tips ni? yang penting, pada hari pemeriksaan tu, ibu perlu dan wajib dalam keadaan sihat ye, jadi pastikan sebelum hari pemeriksaan tiba, ibu kena pastikan badan ibu sihat dan cergas ye.
Semoga tips ini berguna kepada ibu yang akan buat prosedur ini nanti ye. Do your best.
Ibu sihat, baby pun sihat. Ibu happy, baby pun happy.