Tolong jangan bagi bayi baru lahir bantal! Tapi kenapa ya?

Kebiasannya ibu bapa yang pertama kali nak sambut orang baru, mesti excited nak beli set tilam sekali dengan bantal kan. Siap dengan ukiran nama lagi. Sekarang pon dah banyak rekaan bantal yang dipercayai sesuai untuk bayi baru lahir, yang dapat membantu kepala terbentuk elok dan tidak leper.

 

Tapi selamat ke untuk si comel? Dan tahukah anda? Sebenarnya kan, belum ada bukti kesan penggunaan bantal terhadap bayi baru lahir. Pakar sendiri menggalakkan ibu bapa supaya tidak menggunakan sebarang bantal kepada bayi baru lahir sehingga umur setahun.

 

Bahaya bantal kepada bayi, antaranya adalah seperti berikut:

 

1) Boleh menyebabkan bayi sesak nafas atau tersedak.

– Contoh apabila bayi menggunakan bantal berbentuk U, jadi bayi sukar untuk memusingkan kepala ke kiri dan ke kanan. Hal ini boleh mendatangkan risiko tersedak ketika muntah susu.

 

 

2) Penggunaan bantal dikaitkan dengan sindrom kematian bayi secara mengejut iaitu SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).

– Setiap tahun, lebih 4000 kematian mengejut telah direkodkan di US. Manakala di Malaysia, ada 1 kajian menunjukkan 2% daripada post-mortem kanak-kanak yang telah meninggal dunia disebabkan oleh kematian mengejut 😓

Okay kat bawah ni, admin dah listkan siap-siap antara

tips penggunaan bantal untuk si comel,

ibu bapa sila patuhi ya bagi mengelakkan perkara buruk berlaku kepada si comel anda..

 

1) Sentiasa awasi anak anda apabila tidur dengan bantal. Lagi baik, jauhkan semua bantal sewaktu mereka nak tidur.

 

2) Jangan guna bantal semasa bayi berada di dalam buaian.

 

3) Jangan beri bayi minum susu dan makan secara berbaring di atas bantal.

 

4) Bersihkan bantal dengan kerap.

 

5) Pilih bantal yang sesuai, yang diperbuat daripada kapas.

 

Akhir kata, semoga apa yang admin share ni bermanfaat untuk ibu bapa di luar sana. Kalau boleh, elakkan penggunaan bantal tau. Biarpun ibu bapa rasa bayi tidur tak selesa tanpa bantal, yang penting, si comel anda tidur dengan selamat.

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal…
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu…
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Email : help@mamariam.com
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2024 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0

    Cart

    No products in the cart.

    Continue shopping