VAKSINASI UNTUK IBU HAMIL. WAJARKAH MINTA PERSETUJUAN SUAMI?

Saban hari semakin ramai ibu hamil menjadi korban Covid-19. Menurut Menteri Kesihatan, ibu hamil tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk dan Langkah-langkah pencegahan amat penting bagi mengelakkan jangkitan COVID-19. Tapi sejauh mana kesedaran vaksinasi untuk ibu hamil dalam khalayak masyarakat hari ini? Adakah suami memberi sokongan penuh  terhadap vaksinasi ibu hamil?

Baru-baru ini timbul pula isu ada sesetengah suami yang tidak mengizinkan isteri mengambil vaksinasi atas sebab risau akan kesan sampingan vaksinasi kepada bayi dalam kandungan dan juga ibu.Dan ada juga suami yang tidak ambil peduli tentang program vaksinasi disebabkan mempercayai perkara yang tular dalam masyarakat kita.

 

3 PERANAN SUAMI TERHADAP VAKSINASI IBU HAMIL

Sebenarnya suami memainkan peranan yang penting dalam memberi sokongan penuh bagi memastikan ibu hamil mendapat suntikan vaksin COVID-19. Malah sebagai seorang wanita juga, mereka mempunyai hak untuk mendapatkan ikhtiar perlindungan daripada program vaksinasi oleh kerajaan. Jadi apa peranan utama seorang suami untuk isteri dapatkan vaksinasi?

 

1. DAPATKAN NASIHAT DAN SOKONGAN DARI DOKTOR

Sebaiknya, jumpa doktor jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan keraguan untuk membantu anda dalam membuat keputusan yang tepat terutama ibu hamil yang ada masalah ketika hamil. Jika kandungan berusia lebih daripada 34 minggu, vaksinasi juga boleh dilakukan selepas konsultasi dengan doktor.

 

2. DAFTAR DI APLIKASI MYSEJAHTERA

Pastikan mendaftar dan kemaskini status kehamilan isteri di aplikasi Mysejahtera untuk dapatkan tarikh vaksinasi. Ketahui lah jika  ibu hamil dijangkiti COVID-19 ketika usia kandungan mencecah trimester ketiga, risiko kematian juga tinggi disebabkan faktor penafasan dan komplikasi. Jadi berilah sokongan kepada isteri untuk mengambil vaksinasi  dengan segera.

 

3. DAPATKAN INFO DAN GARIS PANDUAN VAKSINASI IBU HAMIL

Jika ada sebarang keraguan atau pertanyaan boleh dapatkan info dan garis panduan vaksinasi untuk ibu hamil di laman web utama vaksincovid.gov.com. Elakkan membaca atau percaya dengan info palsu di media sosial.

 

Kesimpulannya, mendapatkan vaksinasi adalah hak peribadi. Jika isteri anda sedang hamil dan anda menghadapi dilema atau keraguan untuk memberi kebenaran isteri mendapatkan vaksinasi COVID-19, sila pertimbangkan vaksinasi bukan sahaja memberi perlindungan kepada ibu malah juga buat bayi dalam kandungan. Jadi berilah sokongan penuh terhadap vaksinasi ibu hamil untuk sama-sama bantu mengurangkan penularan jangkitan COVID-19.

 

Sumber: panduan vaksinasi ibu hamil oleh kementerian kesihatan malaysia

 

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal…
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu…
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Email : help@mamariam.com
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2024 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0

    Cart

    No products in the cart.

    Continue shopping