3 PUNCA KENAPA AIR KETUBAN KERUH

Cairan ketuban memilik fungsi bagi janin semasa berada dalam kandungan. Dan ia juga berperanan untuk menentukan perkembagan janin yang sihat.

Mesti ada yang tidak tahu yang pada awal-awal air ketuban terhasilkan dari ibu sendiri. Tapi, setelah usia kehamilan mencecah 20 minggu, air ketuban akan diganti dengan urin janin. Cairan ketuban ini memiliki kompenan vital seperti nutrisi, hormon dan antibodi. Disebabkan itulah, ibu harus berhati-hati jika ada masalah air ketuban keruh. Macam mana keruh tu? Ia akan berubah ke warna kekuningan atau hijau.

Ketuban keruh ini bahaya kerana jika ia ditelan janin semasa bersalin, ia boleh menyebabkan sindrom aspirasi mekonium yang boleh mencetus gangguan pernafasan, infeksi dan boleh juga menyebabkan kematian.

 

PUNCA AIR KETUBAN KERUH:

 

Jangkitan

Infeksi yang menyebabkan ketuban keruh dipanggil choriamnionitis yang terjadi pada plasenta. Ibu biasanya mengalami keadaan seperti tekanan di bahagian rahim, peningkatan denyutan nadi pada ibu dan janin serta perubahan warna ketuban.

 

 

Cecair ketuban bercampur mekonium

Mekonium adalah kotoran pertama yang dikeluarkan oleh bayi. Apabila cairan bertukar warna, ini bermaksud bayi telah tercemar mekonium sebelum lahir.

Perkara ini terjadi kerana kehamilan overdue, tekanan pada kepala atau plasenta semasa melahirkan. Selain bayi mengalami kekurangan oksigen.

 

Masalah kesihatan ibu

Jika ketuban berubah warna kuning, itu menujukkan ada bilirubin dalam air ketuban. Manakala, jika ia berwarna merah, tandanya darah ibu telah tercampur dalam cecair ketuban.

 

Oleh itu, ibu jangan pernah skip berjumpa dan mendapatkan pemeriksaan kehamilan sepanjang 9 bulan kehamilan ni ye. Ibu sihat, baby sihat. Ibu ceria, baby ceria.

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal…
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu…
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Email : help@mamariam.com
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2024 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0

    Cart

    No products in the cart.

    Continue shopping