HUKUM & CARA MANDI HADAS YANG WAJIB MOMMY TAHU

Ramai lagi wanita masih keliru dengan persoalan mandi wajib kerana nifas, wiladah (beranak), haid dan janabah (berjunub). Namun begitu, kaum Adam juga perlu ambil tahu tentang persoalan ini kerana mereka merupakan pemimpin yang akan mengemudi kaum Hawa. Lebih-lebih lagi kalau wanita itu kurang maklumat atau pengetahuannya mengenai hal-hal mandi wajib ini.

Antara persoalan yang biasa ditanya adalah, apa perbezaan di antara mandi Wiladah dan Nifas. Adakah wanita perlu mandi kedua-duanya sekali, dan bilakah waktu yang sepatutnya perlu mengangkat hadas tersebut, serta apakah hukum sekiranya individu tidak berbuat demikian.

Maksud dari segi Istilah dan Syarak bagi Kedua-dua Mandi Hadas selepas bersalin:


Wiladah: Mandi wajib yang dilakukan selepas si ibu selamat melahirkan anak.
Nifas: Mandi wajib yang dilakukan selepas keringnya darah nifas iaitu selepas tamat tempoh berpantang iaitu selepas melahirkan anak.

Mandi kerana Wiladah (selepas bersalin)
Menurut syarak, wiladah (bersalin) itu sendiri adalah salah satu sebab yang menyebabkan mandi. Ini juga termasuk dengan beberapa situasi iaitu:

  1. Melahirkan anak secara normal (biasa), sekalipun melahirkan tanpa basah atau tanpa darah.
  2. Melahirkan anak bukan secara normal, contohnya melahirkan anak secara pembedahan.
  3. Wanita yang mengalami keguguran anak, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) atau seketul daging (mudghah).

Mandi kerana Nifas (selepas tempoh bepantang lepas melahirkan anak)
Darah nifas pula ialah darah yang keluar dari rahim wanita selepas melahirkan anak walaupun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah seorang perempuan melahirkan anak.Oleh yang demikian, darah yang di bawah ini tidak dianggap sebagai darah nifas, iaitu:

  1. Darah yang keluar semasa hamil,
  2. Darah yang keluar semasa sakit hendak melahirkan, dan
  3. Darah yang keluar bersama-sama dengan anak semasa lahirnya.

Dan jika ibu yang baru lepas melahirkan anak dan telah datang darah nifas, adakah dia perlu mandi dua kali iaitu mandi wiladah dan nifas. Jawapannya adalah tidak perlu, memadai dengan mandi sekali sahaja. Ini adalah berdasarkan dalam kitab al- Mu’tamad(1/137) yang diucapkan oleh Syeikh Muhammad Al-Zuhaili:

“Jikalau terhimpun ke atas seorang wanita kewajipan mandi hadas haid dan janabah (seperti jimak dan keluar mani), memadailah baginya dengan niat (mandi mengangkat hadas) salah satu daripada keduanya.

Begitu juga seorang yang berjunub kemudian mati, dan orang yang berjunub kemudian haid, maka memadai bagi dua keadaan itu terangkat hadas dengan satu kali mandi.

Begitu juga jika seseorang itu berjunub, kemudian berhaid, kemudia dia mati, cukup bagi wanita itu satu kali mandi untuk kesemua keadaan (hadas besar) itu.”

Bilakah waktu yang sesuai untuk mengangkat hadas disebabkan oleh wiladah dan nifas?

Jawapannya ialah selepas ibu selamat bersalin dan juga apabila berhentinya keluar darah dalam keadaan naqa’. Keadaan naqa’ ini bermaksud sesorang itu betul-betul suci dan tiada kesan darah atau kekuningan apabila kapas di masukkan ke dalam faraj wanita.

Menurut perkongsian dari Mufti Wilayah Persekutuan, ada 2 Cara Berniat untuk mereka yang mengalami wiladah dan juga nifas.


1.Menggabungkan dua niat dalam satu mandian.
Contohnya: “Sahaja aku mengangkat hadas wiladah dan nifas.” Kemudian dia mandi.

2.Mandi dengan satu niat sahaja.
Contohnya: “Sahaja aku mengangkat hadas besar.” Kemudian dia mandi.

Cara Mandi Hadas Selepas Bersalin:


•Niat mandi hadas.
•Membaca bismillah.
•Membasuh tangan.
•Membasuh kemaluan.
•Menyiram kepala 3 kali dimulai dengan bahagian kanan.
•Menyiram air ke seluruh badan dan air kena pada setiap bahagian badan.
•Membasuh kaki.
•Mengambil wuduk.

Bagaimana pula dengan wanita yang mengalami keguguran? Adakah mereka perlu mandi wiladah atau nifas?

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berikut adalah penjelasan bagi situasi tersebut. 

  • Bagi wanita bersalin akan keluar darah nifas yang mewajibkan wanita itu mandi wajib. 
  • Menurut pandangan dalam Mazhah Syafie, jika wanita itu bersalin tanpa keluar darah setitik pun, wanita tersebut tetap dikiran berhadas besar dan wajib mandi hadas. 
  • Jika kandungan yang dilahirkan itu berbentuk alaqah (gumpalan darah), atau mudghah (gumpalan daging) seperti dalam kes keguguran, tetap dikira wiladah dan wajib mandi. 
  • Ibu yang melahirkan secara pembedahan atau Cesarean, iaitu kandungan bukan keluar daripada faraj wanita, tetap mewajibkan mandi.

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping