KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal bergelar ibu, mesti tertanya-tanya, bilakah waktu yang paling sesuai untuk buka buku pink ni kan?

Untuk bakal ibu yang masih belum mengetahui mengenai buku pink tersebut, jom lihat maklumat yang admin kongsikan di bawah.

Buku pink atau nama rasminya adalah Rekod Kesihatan Ibu merupakan buku yang merekodkan kesihatan ibu dan bayi sepanjang tempoh kehamilan. Kebanyakan waktu yang disyorkan untuk membuka buku pink adalah setelah kehamilan mencecah 10-12 minggu dan pastikan ibu membawa bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Kad pengenalan diri
  • Kad pengenalan suami
  • Sijil nikah
  • Bil air/elektrik rumah untuk pengesahan alamat
  • Surat rujukan doktor atau klinik lain – jika ada.

PENTING KE BUKU PINK IBU MENGANDUNG?

1. PROFILE DAN MASALAH KESIHATAN IBU HAMIL

Buku pink mengandungi profile dan masalah kesihatan ibu mengandung, beserta dengan sejarah penyakit keluarga si ibu tersebut. Dari situ pihak hospital boleh mengesan siapa yang berisiko untuk menghidap kencing manis, darah tinggi dan lain-lain penyakit.

Umumnya, ibu hamil memerlukan pengawasan, pemeriksaan rapi dan berterusan bagi memastikan mereka sentiasa berada pada tahap kesihatan yang baik. Ini kerana ibu mengandung akan melalui banyak perubahan pada badan serta fisiologi mereka sepanjang fasa kehamilan. Jadi, dengan rekod-rekod kesihatan dalam buku tersebut, sedikit sebanyak dapat membantu pihak hospital dalam memantau kesihatan ibu dan anak dalam kandungan.

2. ADA SEJARAH REKOD KELAHIRAN TERDAHULU

Antara rekod sejarah kelahiran terdahulu yang direkod kan ialah:

  • Pernah keguguran atau tak?
  • Pernah cser? Berapa kali?
  • Ni kandungan ke berapa?
  • Anak semua berapa kilo berat?
  • Ada komplikasi sepanjang mengandung/ketika bersalin?


Sebab tu pentingnya buku pink ni.

3. BOLEH MEMERIKSA TAHAP HEMOGLOBIN DALAM DARAH

Bila buka buku pink, memang kita akan ambil darah untuk cek sama ada kita ada masalah darah rendah atau tinggi. Dari situ kita boleh detect adakah ibu kekurangan Hemoglobin, atau ada jangkitan penyakit yang boleh bahayakan bayi dalam kandungan.

Hemoglobin (HB) adalah protein dalam sel darah yang berfungsi untuk menghantar oksigen daripada paru-paru ke seluruh tubuh. Tahap HB yang rendah akan merisikokan kesihatan ibu dan bayi tersebut. Sebab itu pentingnya untuk mengetahui tahap HB yang normal supaya kesihatah ibu dan bayi berada dalam keadaan yang optimum.

4. NURSE AKAN DOKUMENKAN PROGRESS

Biasanya diawal kehamilan, nurse akan buat scan:

  •  Ada berapa kantung/baby? 1,2,3,4? Kalau lebih dari satu, berapa kantung uri?
  •  Pastikan kedudukan/posisi kandungan (adakah dalam atau luar rahim?)
  •  Ukur saiz janin & tentukan tarikh due date (adakah tally tarikh due date based on persiod vs scan)
  •  Nampak jantung baby tak? Atau tak ada hearbeat?
  •  Detect ada tak sebarang abnormality seperti cyst, fibroid dan sebagainya yang boleh mengganggu/menjejaskan kandungan

Kesimpulannya, jangan tangguh-tangguh nak buka buku pink. Apa yang penting kesihatan ibu dan anak dalam kandungan. Pemeriksaan akan berubah dan dibuat secara rapi jika doktor mendapati ibu mengalami kehamilan berisiko tinggi. Tapi, tak perlu risau, ikut sahaja nasihat doktor pasti fasa kehamilan ibu akan berjalan lancar.

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping