3 SEBAB UTAMA IBU PERLUKAN “ME-TIME”

Tugas menjadi seorang ibu dan isteri perlu digalas sepenuh masa, tanpa cuti! Tetapi, penting untuk kita mengambil sedikit masa “me time” untuk meluangkan masa dengan hobi dan diri sendiri. Sebenarnya kebanyakkan para ibu bukan tak bersyukur ada keluarga kecil sendiri, tapi bila tak cukup rehat, mental ibu boleh breakdown tau! Jom fahami betapa pentingnya me time untuk para Ibu.

 

APAKAH ITU “ME TIME”?

Me-time ialah masa berehat atau masa bersendirian yang diperlukan oleh para ibu untuk bebas daripada anak-anak dan suami, serta beban dan tanggungjawab di rumah untuk semenatara waktu.

Para ibu akan dapat nikmati masa dengan melakukan aktiviti bersama rakan atau meluangkan masa dengan hobi lain. Tak kira lah sama ada ibu berme-time di luar atau di dalam rumah asalkan para ibu mendapat manfaat waktu rehat, bebas dari bebanan kerja rumah and tugas menjaga anak, ia sudah mencukupi!

 

3 SEBAB PENTINGNYA “ME-TIME” UNTUK PARA IBU!

 

TIADA MASA MENGURUSKAN DIRI

Macam mana ibu nak menguruskan keluarga dengan baik kalau tak sempat menguruskan diri? Me-time akan membantu ibu mencari diri sendiri. Apabila kita berada di tempat yang mendamaikan, pasti fikiran ibu lebih tenang! Anda akan dapat berhubung semula dengan siri sendiri yang hilang setelah bergelar ibu dan isteri.

 

TIADA RUANG PRIVASI

Ibu selalunya tidak bebas bergerak ke sana ke sini. Bekerja ataupun tidak, seorang ibu selalunya akan dikelilingi boss, rakan kerja, client dan lain-lain. Di rumah, belum tentu sempat berehat, anak kadang-kadang merengek mengikut ke sana-sini. Itu salah satu sebab ibu akan cepat berasa marah kerana letih akan beban yang ditanggung.

 

MASA MENGENALI DIRI SENDIRI

Para ibu selalunya terlupa untuk menjaga diri sendiri, asyik jadi superwoman menguruskan anak, suami dan kerjaya sampai melupakan hobi, minat dan kemahuan sendiri. Sebab itu pentingnya me-time supaya ibu juga mampu memenuhi keperluan psikologi masing-masing. Bila kita hilang sense of self, ibu akan mudah rasa murung dan hidup tanpa point utama.

Jadi, percayalah ibu-ibu sekalian, me-time adalah satu keperluan sebab ia adalah masa untuk ibu berehat dan bersendirian. Bebas daripada anak-anak dan suami, bebas dair bebanan kerja. Me-time ialah moment yang ibu patut nikmati dari masa ke semasa untuk seketika.

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal…
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu…
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Email : help@mamariam.com
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2024 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0

    Cart

    No products in the cart.

    Continue shopping