BAYI MATI SECARA MENGEJUT DALAM KANDUNGAN DISEBABKAN OLEH POSISI TIDUR IBU HAMIL YANG SALAH. BETUL KE?

Mesti takda orang bagitahu pasal mende ni kan. Akak nak cerita sikit

Posisi tido ibu mengandung ni mcm-mcm jenis. Yang biasa diamalkan adalah tidur secara terlentang dengan perut yang besar tu kan?

Ada kajian klinikal menyatakan bahawa posisi tidur terlentang ni mengganggu peredaran darah kembali ke jantung disebabkan rahim yang makin membesar. Makin besar rahim tu makin kuat tekanan yang diberikan kepada salur darah ( inferior vena cava ). Konsepnya lagi banyak pulangan darah ke jantung, lagi kuat daya mengepaman jantung ke seluruh bahagian badan termasuk la darah yang sampai ke rahim seterusnya ke placenta/uri.

Dengan baring terlentang ni, kurang darah sampai dan pulang ke jantung, maka daya pengepaman jantung kurang dan kurangnya darah sampai ke organ organ penting.

Posisi tidur yang dicadangkan adalah dengan tidur mengiring kiri (left lateral). Kajian telah membuktikan untuk ibu yang tidur mengiring pada umur kehamilan lebih 20 minggu pengepaman jantung (ejection fraction) meningkat sebanyak 8 %. Untuk ibu yang 32 minggu, dengan tidur keadaan mengiring kiri, pengepaman jantung (ejection fraction) naik sebanyak 11% . Atau dalam erti kata lain, makin kurang tekanan rahim yang besar itu diberikan pada salur darah belakang rahim (inferior vena cava) lagi bagus darah yang akan dipulangkan ke jantung.

Telah disimpulkan bahawa ibu yg tidur terlentang, meningkatkan risiko bayi dalam kandungan meninggal secara tiba-tiba sebanyak 3.7 kali (tanpa ada faktor-faktor penyebab lain menyebabkan bayi mati secara tiba-tiba).

Posisi tidur mengiring kiri lebih-lebih lagi pada usia kandungan trimester ketiga (ataupun perut dah besar) dapat mengurangkan risiko bayi mati mengejut dalam kandungan sebanyak 9%. Banyak tu !

Kalau Allah dah kata, kehamilan tu takat tu ja, apa daya sekalipun baby tu akan meninggal gak kan? Tapi ni adalah sesuatu yang boleh diikhtiarkan untuk mengurangkan kejadian bayi mati secara mengejut dalam kandungan

Sekian dulu tips penting untuk mak buyung semua. Ibu boleh share posting ini, untuk perkongsian bersama orang – orang yang anda sayang.

Mak buyung, jangan tido terletang. Jom tido mengiring kiri.

 

Sumber : Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak (Pegawai perubatan, Kesihatan wanita & Kehamilan)

Comments

  1. Wawa Mariam says:

    semoga bermanfaat untuk ibu ibu hamil..selamat beramal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest articles

KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal…
Read more

7 Pantang Larang Ketika Berpantang

Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu…
Read more
Let's get Social ! Follow us on Social Media :
Need Help ?
Phone : +609-667 1410
Email : help@mamariam.com
Operation Hour :
Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
Fri : 9:00am - 11:00am
Disclaimer
Product effectiveness depends on individual suitability.
Each result may different for every individual.
Copyright 2024 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping