Terdapat banyak cara dan jenis senaman yang menarik untuk ibu mengandung. Jika dilakukan secara konsisten ia boleh memudahkan proses kelahiran bayi nanti.
Proses kehamilan adalah salah satu fasa yang paling bermakna dan menggembirakan oleh seorang insan yang bakal bergelar ibu. Sudah semestinya semua para ibu inginkan yang terbaik utuk bayi yang sedang dikandungnya. Selain pemakanan yang sihat, tahukah anda ada beberapa jenis senaman yang boleh dilakukan sepanjang mengandung untuk manfaat si ibu lebih-lebih lagi untuk bayi sekali.
Menurut kajian yang dilaksanakan oleh pakar dari luar negara, fizikal yang aktif ketika hamil mampu memberikan manfaat yang besar dan antaranya adalah mampu memendekkan tempoh bersalin dengan mempercepatkan bukaan jalan.
Ketika berbadan dua, ramai di antara kita mendapati agak sukar untuk melakukan senaman. Namun, jangan risau, ada beberapa jenis senaman yang direka khas untuk ibu mengandung. Antaranya adalah:-
Senaman ini membantu menguatkan otot punggung ibu dan mendorong bayi untuk turun lebih rendah. Mudah sahajaa hanya berdiri, buka kangkang dan turun perlahan-lahan hingga ke posisi mencangkung . Tahan selama 30 saat dan berdiri semula
Senaman ini sangat membantu ketika kontraksi sedang berlaku. Gunakan bola khas untuk ibu mengandung bagi memberikan lebih keselesaan.
Aktiviti ini juga sangat membantu untuk mempercepatkan bukaan laluan besalin. Jika sudah mengalami tanda-tanda untuk besalin, sangat disarankan untuk banyakkan berjalan bagi membantu bayi turun dan berada dalam posisi ideal untuk dilahirkan secara normal.
Kesimpulannnya, para bakal ibu digalakkan untuk melakukan sedikit senaman ringan walaupun sedang sarat berbadan dua bagi memastikan ibu dan bayi sentiasa dalam keadaan baik. Semoga perkongsian kali ini memberi sedikit sebanyak input kepada semua para bakal ibu di luar sana. Jangan lupa share ya !