Assalamualaikum dan hai mommy. Mommy sihat? Semoga mommy dan kandungan sihat sentiasa. Ada tak mommy yang alami kaki bengkak ketika hamil?
Salah satu keadaan yang dialami oleh ibu hamil adalah masalah kaki bengkak.
Apabila bayi semakin membesar lebih – lebih lagi selepas 20 minggu, rahim anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis sekaligus menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Tekanan darah yang terkumpul memaksa air turun dan keluar melalui
salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu – tisu pada tapak kaki dan buku lali. Tapi mommy jangan risau tau, hari ni akak nak share dengan mommy beberapa tips untuk elak kaki bengkak ketika hamil.
1) MINUM AIR YANG MENCUKUPI
Air kosong banyak membantu proses dehidrasi tubuh yang akan menjadikan tubuh
lebih segar disamping membantu proses perkumuhan dalam badan. Mommies jangan khuatir,
ia tidak menyebabkan kaki lebih membengkak.
2) TINGGIKAN KAKI SEMASA BARING
Letakkan bantal di bawah kaki supaya aras kaki menjadi lebih tinggi daripada paras dada.
Tarikan graviti boleh mengurangkan pengumpulan air pada kaki dan membantu pengaliran darah dengan baik.
3) POSISI BARING MENGIRING
Ibu mengandung perlu mengamalkan posisi tidur terbaik bagi wanita hamil iaitu
berbaring secara mengiring. Dengan mengamalkan posisi ini, janin tidak akan menekan
salur darah inferior vena cava dan pengaliran darah ke jantung akan lebih baik.
4) SELALU BERGERAK KE SANA KEMARI
Pergerakan aktif adalah lebih baik untuk anda kerana pengaliran darah akan lebih lancar.
Secara tidak langsung, ia boleh mencegah pembentukan darah beku pada salur darah kaki.
5) PILIH KASUT YANG SELESA
Ketika melakukan aktiviti luar, ibu mengandung perlu bijak memilih kasut yang bersesuaian.
Gunakan kasut yang selesa, bertapak rata, dan sesuai dengan bentuk kaki untuk mengelakkan
tekanan pada kaki yang boleh meyebabkan kesakitan. Jangan pulak nak melaram dengan kasut tinggi tau. Silap haribulan jatuh pulak.
*Perlu ambik perhatian, sekiranya bengkak ini sangat teruk sampai ke paras pinggang melibatkan faraj, bukan la bengkak biasa ketika hamil. Boleh jadi tanda – tanda awal pre – eclampsia.
Hal ini perlu diperiksa dengan teliti oleh doktor untuk memastikan tekanan darah anda normal.
Sumber : Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan wanita & Kehamilan