Setelah berumah tangga mestilah setiap pasangan inginkan zuriat kan, tapi dalam keinginan ada zuriat sendiri haruslah perlu
teliti dengan beberapa perkara setelah ada anak nanti. Salah satunya perubahan si isteri bila ada anak nanti.
Dalam kehidupan berkeluarga, si suami harus pikul tanggungjawab yang penting terutamanya kepada isteri dan anak-anak nanti.
Dan para suami harus bersedia dengan keadaan-keadaan seperti berikut:
Selagi anak tak tidur, isteri takkan dapat tidur nyenyak.
Waktu rehat, waktu tidur menjadi sangat singkat dek kerana ingin menguruskan anak-anak.
Mandi sepantas kilat, makan laju2, masak cepat2 sebelum anak terjaga.
Para isteri yang sibuk menguruskan anak-anak di rumah perlu melakukan secepat mungkin apa yang dilakukan di rumah.
Kadang-kadang nak tampal-tampal bedak kat muka pun tak sempat.
Janganlah complain ya wahai para suami. Kalau anda boleh terimanya seadanya, terimalah isteri anda walau tanpa mekap sekalipun.
Haa, ini point penting kalini. Para suami perlu faham, Adakalanya isteri akan cepat marah sebab emosinya tak stabil dek kepenatan yang dialami oleh mereka. Jadi, mohon suami sabar dan faham apa yang dialami oleh mereka. Harus selalu bertolak ansur
Jadi, jika ada sedikit masa, bagilah ruang untuk isteri berehat. Sejam atau dua jam dah cukup memadai,
lebih pun lagi baik. Isteri pun manusia biasa, yang ada penat letih jadi, bagilah isteri secukup masa untuk berehat.
Jadi, sebagai suami perlu memahami seorang isteri dan perlu bertolak ansur dalam sesuatu pehubungan itu.
Para suami perlu faham setiap apa yang isteri lakukan, samaada untuk anak-anak atau di rumah.
Sesuatu perhubungan itu perlulah ada toleransi. Si suami haruslah jaga hati si isteri, Barulah kehidupan berumah tangga itu indah..
Sumber : 9Bulan10hari