PUNCA IBU HAMIL TAK CUKUP TIDUR

Jika mommes alami masalah tidur semasa hamil, jangan biarkannya! Ini kerana, kurang tidur boleh menjejaskan bukan sahaja kepada mommies, malahan bayi dalam kandungan.

Ibu hamil yang kurang tidur boleh mendapat komplikasi kehamilan seperti preeklampsia, iaitu keadaan serius yang menjejaskan tekanan darah dan buah pinggang, serta menyebabkan kelahiran pramatang. Jadi, jangan ambil mudah jika mommies tidak cukup tidur ya.

Meh akak nak kongsikan punca-puncanya

 

 

1. Sakit-sakit badan

  • Semasa trimester ketiga, anda akan banyak mengalami kejang kaki dan sakit belakang kerana penambahan berat badan mommies ketika itu

 

2. Nafas pendek

  • Peningkatan hormon kehamilan akan menyebabkan mommies perlu menarik nafas dalam. Mommies akan rasa sukar untuk bernafas kerana rahim yang sedang memebsar mengambil lebih ruang, mengakibatkan tekanan terhadap diafragma (otot di bawah paru-paru).

 

3. Kerap ke tandas

  • Tekanan pada pundi kencing mommies meningkat memandangkan bayi semakin membesar dan rahim juga semakin besar. Mommies bukan sahaja akan kerap ingin membuang air kecil di waktu siang hari, bahkan juga pada malam hari.

4. Pedih ulu hati

  • Wanita hamil biasanya akan mengalami masalah sakit ulu hati, iaitu ketika kandungan perut refluks kembali ke esofagus. Masalah ini membuatkan ibu hamil sukar tidur lena

 

Bagi meminimakan gangguan tidur di waktu malam, terdapat cara untuk menggalakkan mommies tidur dengan lena. Mommies boleh cuba cara di bawah ya :

1) Konsisten dengan waktu tidur.

Jika waktu tidur mommies hari ini adalah pukul 10 malam, teruskan waktu tidur yang sama untuk malam-malam seterusnya.

2) Pilih posisi tidur yang buat mommies selesa .

Letakkan bantal ekstra pada bahagian belakang badan atau di antara kaki mommies.

3) Bersenam

pada siang hari supaya mommies boleh mendapatkan tidur lena di malam hari.

4) Mandi

atau berendam dalam air panas sebelum waktu tidur.

 

Semoga tips ni bermanfaat untuk rujukan mommies semua.

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping