5 TIPS BANTU IBU HAMIL TIDUR LENA

Tak senang rupanya nak tidur malam dengan lena waktu mengandung ni, lebih-lebih lagi bila kandungan makin membesar masuk trismester 2 & 3.

 

Mata layu je tapi tetap tak boleh tidur malam. Posisi tidur pon dah ubah bermacam cara tapi tetap tak selesa. Belom campur lagi sakit pinggang, kebas kaki & lain2.

 

Stress betul! Yang peknen dan pernah peknen tahu la perasaannya macam mana.

 

Disebabkan itu, harini saya terpanggil untuk bantu mommy2 semua. Jadi saya akan kongsikan dalam artikel ni “5 TIPS YANG BOLEH BANTU MOMMY TIDUR LENA SAAT HAMIL”

 

THE BEST PART IS MOMMY MUNGKIN AKAN MIMPI SAMPAI KE BULAN. Haha! Baca 5 tips nya dibawah:

Baca 5 tips nya dibawah:

1. Posisi tidur mengiring ke sisi kiri

Posisi ni antara posisi yang paling selesa dan terbaik untuk ibu hamil tau. Selain itu, ia boleh membantu lancarkan peredaran darah, serta dapat bantu bekalkan oksigen yang cukup pada mommy.

2. Minum segelas susu panas atau suam

Minum segelas susu panas atau suam boleh bantu mommy tidur nyenyak tau. Sebab dalam susu ni, dia ada khasiat yang tersendiri yang mana boleh bantu mommy tidur dengan baik.

 

Cubalah kalau tak caye! Hehe

3. Praktikkan “Deep Breath” sebelum tidur

 

1. Cari posisi yang selesa, boleh duduk, baring, berdiri.

2. Tarik nafas melalui hidung secara perlahan-lahan.

3. Tahan nafas selamat 1 minit hingga 2 minit.

4. Keluarkan nafas melalui mulut secara perlahan-lahan.

5. Ulang Step 1-4 sebanyak 5-7 kali.

4. Jangan makan banyak sebelum tidur.

Cara pemakanan waktu peknen ni memang berbeza sangat dengan sebelum peknen. Waktu ni la tiba-tiba dari makan sikit jadi makan banyak. Maklumlah untuk 2 orang. Hehe

 

Jadi, sebaiknya waktu malam tu. Elakkan dari makan makanan yang berat & dan banyak ye mommy.

5. Mandi dengan air suam

Mommy sangat digalakkan untuk mandi dengan air suam serta dengan sabun yang ada bauan fresh macam lavender / mint. Sebab ia dapat membantu relakskan mommy dan bantu mommy untuk tidur nyenyak.

 

Cukup 5 tips yang saya share. Moga bermanfaat untuk mommies2 ye.

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping