9 MAKANAN PANTANG LARANG KETIKA HAMIL !

Sebelum ni xde pantang larang , makan je apa yang nak . Tapi sekarang kena jaga betul2 tau , Barulah baby dalam kandungan Sihat .

1. Keju & makanan berkeju yang tidak di Pasteur

Keju ni dibuat dari susu yang tak dipasteur tau . Mudah sangat kena keracunan makanan , bahaya untuk ibu mengandung ye dan Keju tu bahaya sebab ada bakteria tinggi .

2. Daging yang tidak masak sempurna

Daging ni mengandungi bakteria toxoplasma dan banyak lagi bakteria lain ye. Bakteria ni sama dengan najis kucing yang sangat bahaya kepada ibu hamil.Ia boleh menyebabkan saraf rosak terutamanya kanak kanak dibahagian mata.

3. Jus buah 

Elakkan minum jus buah dekat kedai makan atau pasar malam tau. Jus tersebut tidak dipasteur & mungkin mengandungi bakterIA salmonella dan e coli. Mungkin air yang diaorang guna tak dimasak atau peralatan yang digunakan tidak bersih

4.Daging yang telah di proses

Makanan ini di proses mengandungi bakteria listeria. Kuman listeria ini agak lasak kerana masih boleh membiak pada suhu sejuk. Ia boleh menyebabkan kesan jangkitan yang lebih teruk seperti keguguran, kelahiran pramatang atau kematian.

5. Taugeh 

Taugeh mengandungi bakteria. Bakteria ini sudah wujud di dalam benih taugeh sebelum ia bercambah tau !Kalau nak makan taugeh juga boleh , masak sendiri biar betul2 masak,nak selamat jangan makan sepanjang kehamilan.

6. Alkohol, Minuman Berkarbonat dan Makanan Ringan

Antara kesan yang berlaku kepada ibu hamil yang mengambil makanan diatas
1. Menyebabkan kecacatan fizikal pada bayi
2. Keupayaan mental yang kurang pada bayi yang di lahirkan
3. Perkembangan janin yang tidak normal

7. Sushi

Untuk ibu mengandung sushi kurang sesuai dan kurang selamat tau sebab Sayur dan ikan yang di gunakan tidak di masak dengan sempurna. Ikan laut yang digunakan juga boleh mengandungi bakteria dan parasit yang merbahaya.

8. Minuman dan makanan yang berkafein

Pengambilan kafein boleh memberi kesan buruk seperti Perkembangan bayi dalam rahim tidak normal, risiko keguguran tinggi , baby lahir pramatang dan boleh menyebabkan anemia yang halang zat besi untuk buat sel darah merah .

9. Ikan air tawar

Hidupan air tawar akan serap pencemaran dari kawasan persekitarannya. Sekiranya nak makan jugak , pastikan sungai tu tidak tercemar .Makanan dekat kenduri pun berisiko kepada keracunan makanan tauu .
Sumber : https://ibusyurga.blogspot.com

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping