5 TIPS MEMILIH BAJU YANG SESUAI UNTUK IBU MENGANDUNG ,PALING PENTING NAMPAK CANTIK DAN SELESA

Alhamdulillah , “ KINI AKU HAMIL “ jeritan kecil dalam hati seorang isteri yang bakal bergelar ibu. Siapa yang tak seronokkan dah nak jadi ibu ayah nanti.hehe. Hari semakin hari perut dah semakin besar , baju banyak dah tak muat . Hmmm, dah mula pakai serabai je.

“Awak ni dah takde baju lain dah ke yang elok sikit” terlepas dari mulut si suami. Tersentak hati seorang isteri . Isteri dah mula fikir “eh betul jugak aku ni semakin hari dah tak Nampak rupa dah sejak mengandung ni”. Bermula la hari tersebut si isteri dah mula merubah penampilan diri. Terutamanya dari segi pakaian.

Jom kita tengok apa tips memilih baju yang sesuai untuk ibu mengandung ..

 

1 –  Pilih Baju Biasa Tapi Saiz Lebih Besar

Pilih baju yang lebih besar bila saiz perut dah semakin membesar. Contoh , boleh beli blouse atau dress yang loose yang sesuai dengan badan .

Pemilihan saiz baju yang lebih besar buatkan ibu terasa selasa dan tak panas masa mengandung. Yang penting sopan dan cantik di mata suami. Hehe

 

2 – Mengenali jenis Bentuk Badan

Jika perut berada dikedudukan lebih tinggi , boleh cuba wujudkan garisan antara dada dan perut dengan memakai baju yang bertali.

Jika perut lebih ke bawah, pakaian lembut di bahagian pinggang akan lebih selesa. Potongan baju yang labuh melepasi perut akan membuatkan anda kelihatan lebih cantik. Contohnya baju dengan potongan “A”.

 

3 – Teliti Material Yang Digunakan

Pilih material yang sesuai dan lembut semasa mengandung kerana semakin meningkat usia kandungan ibu mengandung akan terasa sentiasa panas terutamanya pada waktu malam. Elakkan pilih fabrik yang keras tapi lebih baik memilih material kain kapas atau memeri.

Pilih baju yang sesuai untuk menyusu sekali supaya ibu boleh guna dengan jangka masa yang panjang. Elakkan memilih material dengan corak yang besar kerana ibu akan membuatkan anda kelihatan chubby .

 

4 – Elakkan Melilih Pakaian Ketat

Elakkan pakai pakaian yang menunjukkan bentuk tubuh badan kerana menampakan anda lebih berisi dan tidak elok dipandang. Pilih kain yang mudah jatuh atau yang  flowy untuk menampakkan gaya yang lebih elegan masa mengandung.

 

5 – Pilih Pakaian Berdasarkan Trimester

Pilih beberapa pakaian yang sesuai diamalkan dari awal kehamilan sampai trimester ketiga. Contohnya baju yang mempunyai tali yang boleh dilaraskan atau yang mempunyai butang.

Untuk pilih pakaian pada trimester ketiga lebih selesa mengenakan seluar mengandung yang berada dipasaran sekarang. Seluar mengandung ,masa kini banyak yang cantik dan membuatkan ibu mengandung Nampak bergaya . ia boleh digayakan dengan baju blouse yang bertali menampakan lebih kemas dan selesa.

 

Sumber : Theasianparent Malaysia

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping