PANDUAN PENJAGAAN ‘CIK BUNGE’ KETIKA HAMIL

 

Pernah kan mommy rasa tak selesa dan gatal-gatal pada vagina? Time preggy jee akan ada keputihan, gatal-gatal sampai meleceh kulit sebab garu sana sini. Keputihan ini sebenarnya normal terjadi pada semua wanita samada yang sedang hamil ataupun tidak. Tapi jangan ambil sambil lewa. Perlu jaga dengan elok sebab ia salah satu alat sulit yang perlu dijaga rapi dan tempat laluan ibu bersalin.

 

Tapi kalau time hamil je, mesti risau bila lelehan keputihan keluar kan, betul-betul tak selesa sampai boleh stress dibuatnya. Namun bila dah terlalu banyak, berbau hanyir, alami kegatalan yang serius, bertukar warna ia perlu diambil perhatian kerana mungkin tanda jangkitan telah berlaku.

Haa mommy jangan bimbang, jom kita baca dulu panduan kat bawah ni, moga dapat bagi pencerahan buat mommy yer..

 

1. GUNA PAKAIAN DALAM YANG SELESA

Seeloknyaa mommy perlu elakkan dari memakai pakaian dalam sintetik yang terlalu ketat. Bila terlalu ketat, ia akan menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman untuk membiak dengan subur di sekitar faraj.

 

2. WAJIB MENUKAR PAKAIAN DALAM SETIAP HARI

Haahh ni tersangat penting tau! Mommy amatlah disarankan untuk menukar pakaian dalam setiap hari dan selalu memakai ‘pantyliner’ supaya keputihan tidak melekat pada pakaian dalam dan menyebab ketidakselesaan berlaku.

 

3. HINDARI DARI MENGAMALKAN ‘DOUCHING’

Mungkin tidak semua tahu, tapi kaedah douching perlu diberi perhatian oleh golongan wanita kerana yakin keberkesanannya untuk mencuci bahagian dalam faraj dengan lebih efektif. Namun kaedah ni mesti dielakkan kerana ia akan menyingkirkan bakteria baik iaitu lactobacilli dan menganggu keseimbangan faraj.

(Douching: memasukkan jari atau memancutkan air ke dalam faraj)

 

4. PASTIKAN KEMALUAN DIBERSIHKAN DAN DIKERINGKAN DENGAN SEBAIKNYA

Pastikan kawasan luar kemaluan mommy dibersihkan dengan sebaiknya menggunakan air selepas buang air kecil atau air besar. Selepas yakin bersih, keringkan kawasan faraj agar ianya kekal kering dan terjaga.

 

5. JAGA PEMAKANAN

Elakkan makan makanan yang mengandungi gula yang tinggi dan banyakkan makanan yang tinggi antioksidan.

 

Cukup dengan 5 panduan atau tips yang saya share. Moga bermanfaat untuk mommies ye..

 

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping