“ Gangguan emosi ibu hamil jangan ingat bayi dalam kandungan tak terkena tempiasnya ”
Bergitulah perumpamaan bagi mommies yang sarat hamil tetapi emosinya terganggu.
Umumnya mengetahui emosi ibu semasa sedang hamil sentiasa tidak stabil dan mudah sensitif kerana perubahan hormon. Akibatnya mereka akan cepat berubah mood dan lebih mudah menangis. Malah ibu hamil juga mudah terdedah kepada masalah kesihatan mental seperti kemurungan, tekanan dan gangguan emosi yang disebabkan pelbagai faktor dalaman mahupun luaran dan lain-lain.
Antaranya ialah:-
Tekanan psikologi berupaya meningkatkan risiko melahirkan anak yang ada masalah seperti kuat meragam pada dua tahun pertama kelahiran. Selain itu juga, hubungan ibu dan anak juga boleh terganggu oleh faktor kemurungan, kebimbangan yang tinggi dan masalah penggunaan bahan terlarang.
Jika sakit tersebut tidak dirawat, ia memudaratkan kesihatan ibu serta bayi dalam kandungan dan selepas kelahiran. Seeloknya ibu hamil perlu terbuka dalam berkongsi perasaan dan menjaga pemakanan serta kesihatan fizikal.
Stress ibu hamil juga mampu memberi kesan dalam jangka masa panjang, di mana ia dikaitkan dengan masalah tingkah laku anak yang sukar dikendalikan. Ini adalah disebabkan terganggunya perkembangan otak yang berlaku ketika dalam kandungan. Hal ini tentunya akan mewujudkan komplikasi ketika si anak semakin meningkat usianya.
Apa yang lebih membimbangkan, terdapat penelitian yang menunjukkan bahawa stress ibu hamil juga dikaitkan dengan risiko autisme pada anak yang bakal lahir.
Dalam keadaan yang lebih kronik, stres juga boleh mewujudkan kelahiran pramatang yang berisiko kepada bayi dan juga ibu. Dalam kes yang tertentu, keletihan atau stress yang melampau boleh menimbulkan pelbagai komplikasi lain serta mengganggu perkembangan bayi hingga menjadi punca keguguran atau kematian bayi dalam kandungan.
Menurut sumber, apabila ibu hamil mengalami stress, tubuhnya akan mengeluarkan sejumlah hormon yang mempengaruhi degupan jantung menjadi lebih cepat berbanding biasa. Perubahan kadar degupan jantung akibat stress ini secara tidak langsung akan menjejaskan sistem peredaran darah dan seterusnya mempengaruhi proses penyaluran nutrisi oleh ibu kepada bayi hingga boleh menyebabkan bayi yang dikandungkan terlalu kecil berbanding usia normal.