PERANGAI PELIK ISTERI TIME PREGGY YANG SUAMI PERLU AMIK TAHU

Kenapa isteri perangai pelik time preggy, suami perlu amik tahu

Memang biasa waktu hamil ramai wanita akan melalui perangai atau tabiat pelik kan…hihihi. Ibu hamil dengan perangai pelik tapi nampak comel, encik suami perlu banyak bersabar dengan karenah isteri kerana sifat  ni sementara sahaja.. hargai kesukaran yang dihadapi isteri untuk melahirkan zuriat tersayang… encik suami diharap dapat bersabar ya hehe kata sayang isteri kan..

Jom kita tengok antara perangai isteri yang pelik time mengandung,, hehe kadang-kadang kita rasa pelik tapi kenangan ni laa yang kita akan kenang dan ingat sampai bila-bila.

 

 

1. Tak boleh masuk dapur

Entah kenapa bila mabuk menyerang, kadang tuu dapur menjadi kawasan larangan, tapi bukan semua yang alami masalah macam ni tapi bagi yang mengalaminya, dapur seolah-olah kawasan sangat busuk dan memualkan. Jadi, diharap suami dapat memahami dan tidak mendesak isteri atau saja cakap isteri mengada-ngada.

Biasanya perangai pelik ni akan berakhir dengan sendirinya apabaila mabuk mengandung hilang selepas tiga bulan kehamilan.

 

2. Malas mandi

Biar betul ?? Ada jugak kan yang malas mandi hehe.. ni bukan main-main ya tapi rasa malas tuu datang secara tak diduga. Entah kenapa terasa sakit bila terkena air paip. Bau bilik mandi pun boleh buat rasa malas nak mandi. Tapi suami jangan risau, biasanya selepas berakhir alahan, isteri akan kembali normal.

 

3. Benci dengar bunyi telefon

Di awal kehamilan, ada ibu hamil yang benci bila dengar telefon berbunyi. Serabut dia tuu boleh sampai stress tau. Seolah-olah menganggu ketenteraman dan menambahkan rasa pening kepala. Emosi pun jadi kacau bilau !

 

4. Pantang bau masakan

Masalah ni masih ketara tau buat ibu hamil. Bau jiran sebelah rumah menumis bawang dan cili sudah cukup membuatkan ibu termuntah-muntah. Ia bukan mengada-ngada tetapi berlaku secara spotan. Kalau sempat pergi toilet okaylaa tapi kadang termuntah dekat situ jugak..

 

5. Tak boleh bau suami

Ini paling sukar difahami, tetapi ia berlaku kepada sesetengah orang jer. Tiba-tiba bau badan suami pun menjadi kurang enak dan boleh membuatkan mual dan hendak muntah. Suami pakai perfume satu botol pun masih lagi bau busuk, hehe.. Jika perangai isteri macam ni, banyakkan bersabar dan bertenang ye encik suami !

 

6. Tak suka makanan kegemaran

Entah kenapa bila tahu hamil, tekak rasa loya dan tak lalu nak menjamah makanan kegemaran. Jika dulu pantang sebut makanan yang kita suka, mesti tak sabar nak makan kan. Tapi bila awal hamil ni, makanan kegemaran pun tak lalu nak jamah dan tak rasa nak makan langsung. Nak tengok pun tak lalu..

 

Haa para suami kene ambil tahu tau keadaan isteri tersayang ketika mengandung. Time mengandung ni laa isteri nakkan perhatian yang lebih dari suami yang dia sayang. Tapi ! encik suami jangan duk merungut pulak, nanti makin murung isteri.. hehe..Sayangilah dan belailah isteri dengan penuh kasih sayang..

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping