RISAU MISS V TERKOYAK TERUK KETIKA BESALIN? INI 5 CARA MENGATASINYA!

Hampir 90% wanita yang besalin normal akan mengalami pengaIaman ni dan ianya adalah salah satu pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan dalam hidup. Insiden miss v terkoyak ni normal berlaku tapi sudah pasti semua wanita yang akan besalin takut farajnya terkoyak ketika besalin. Sakit tau!

 

Mengapa miss v terkoyak?

Ketika peringkat kedua proses besalin, kepala bayi akan mula turun dari rahim ke faraj dan melalui bahagian perineum. Kulit perineal (berada di kawasan antara faraj dan dubur) akan menipis dan merenggang kerana kepala bayi yang makin menurun.

 

Apabila kepala semakin menurun, labia dan faraj semakin terbuka dan membonjol, jika kulit perineal dan perineum tidak mengembang dengan secukupnya, miss v akan terkoyak!

 

Berikut adalah cara untuk mengatasi mimpi ngeri yang tidak digemari oleh bakal ibu. Antaranya adalah:

 

1) Tubuh anda perlu bersedia

 

Proses besalin adalah proses yang memerlukan tenaga. Jangan biasakan diri anda untuk hanya duduk dan tak berjalan. Berjalan atau bergerak akan meningkatkan elastic kulit dan pengaliran darah ke perineum dan faraj. Makan sumber yang kaya dengan omega 3 (ikan, kekacang) untuk meningkatkan protein dan nutrisi dalam badan.

 

2) Senaman kegel & otot pelvik

 

Senaman kegel bertujuan menguatkan otot pelvik. Otot pelvik yang kuat tak akan mudah terkoyak. Cuba kemut di bahagian otot pelvik (seperti menahan kencing). Kemut atau tahan otot dalam kiraan 10-20 kali dan rehat. Ulang sekali lagi.

 

 

3) Urutan perineal

 

Jika anda mengurut perineum sebelum besalin, risiko miss v terkoyak akan menurun. Kajian juga menunjukkan wanita yang mengamalkan urutan perineal dari minggu ke 34 tidak mengalami sebarang kesakitan di bahagian perineum selepas 3 bulan besalin. Boleh cuba ya!

 

 

4) Posisi ketika besalin

 

Jangan angkat punggung dan pegang pergelangan kaki! Ini amaran yang sering kita dengar. Tapi memang terbukti, jika anda mengangkat punggung, otot perineum akan mengeras dan terkoyak. Pastikan posisi besalin anda adalah betul dan ikut arahan doktor.

 

 

5) Fokus pada nafas,bukan meneran terlalu awal

Ketika meneran fetal ejection reflex akan menolak bayi ke bawah. Pengecutan untuk menolak bayi ini amat kuat dan boleh menolak bayi keluar tanpa perlu diteran. Kepala bayi juga masih tinggi. Jika anda meneran terlalu awal, faraj boleh membengkak dan terkoyak teruk!

 

Boleh amalkan beberapa tips diatas untuk anda yang akan besalin. Semoga bermanfaat dan diharapkan semuanya berjalan lancar. Anda seorang wanita yang kuat! Untuk bakal ibu, mudah-mudahan dengan kurniaan cahaya mata ini akan menyerikan lagi rumahtangga yang dibina.

 

Sumber rujukan: 9 bulan 10 hari

 

 

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping