SAYA HAMIL, BOLEH KE NAIK KAPAL TERBANG?

Boleh ke naik kapal terbang?

“Dulu dah tempat tiket flight awal-awal untuk bercuti. Tak tahu pula ada rezeki nak mengandung. Bolehkah naik kapal terbang ketika mengandung ni?”

Waktu paling sesuai

Waktu paling sesuai untuk ibu mengandung menaiki kapal terbang ialah sewaktu trimester kedua. Ketika ini, badan lebih bertenaga dan kekerapan untuk muntah juga berkurang. Hormon dan emosi yang lebih stabil pada waktu itu juga akan membuatkan badan lebih selesa untuk berjalan jauh.

Persediaan sebelum naik kapal terbang semasa hamil

1. Sediakan dokumen penting

Bagi ibu mengandung mencapai 28 minggu, sediakan surat doktor untuk rujukan staf penerbangan. Surat doktor ini dapat mengesahkan tarikh ‘due date’, tahap kesihatan tubuh badan, dan anda tidak berisiko beranak pada waktu terdekat. Jangan lupa untuk baca terma dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan buat rujukan.

Sesetengah syarikat penerbangan turut menyediakan salinan surat doktor untuk anda dapatkan pengesahan bagi rujukan pihak mereka. Sediakan juga insuran kesihatan dan perjalanan untuk situasi kecemasan.

2. Berhati-hati dengan kapal terbang kecil

Menaiki kapal terbang tidak akan memberi kesan kepada anda dan bayi. Namun begitu, elakkan kapal terbang kecil yang tidak mempunyai tekanan kabin. Ketika di udara, tekanan menjadi semakin tinggi dan oksigen berkurangan.

Hal ini kerana tanpa tekanan kabin, badan perlu bekerja lebih keras daripada biasa untuk membekalkan oksigen untuk anda dan kandungan.

3. Pilih tempat duduk yang selesa

Jika perlu, pilihlah tempat duduk ‘business class’ untuk lebih keselesaan ketika dalam perjalanan. Jika tidak, ‘upgrade’ tempat duduk biasa dengan menambah sedikit daripada jumlah tambang untuk mendapatkan tempat duduk yang lebih sesuai.

Seeloknya, pilih tempat duduk pada lorong laluan supaya mudah untuk ke tandas dan berdiri untuk regangan. Lebih bagus jika terus ke tandas sebaik masuk kapal terbang supaya tidak perlu tunggu sesudah selamat berlepas nanti. Ketika di tempat duduk, pastikan tali pinggang keledar berada di bawah perut untuk keselesaan anda. Dapatkan ‘extender’ tali pinggang keledar daripada ahli kabin jika perlu

4. Pilih pakaian yang selesa ketika naik kapal terbang ketika mengandung

Gunakan pakaian berlapis paling selesa dan mudah untuk ditanggal jika panas. Pakai juga kasut paling selesa kerana di akan banyak berjalan di lapangan terbang nanti. Anda boleh mendapatkan sarung kaki jenis ‘compressor’ untuk memastikan peredaran darah lancar ketika terbang.

Jika kaki mula menunjukkan tanda-tanda bengkak dan kemerahan terutamanya di bahagian bawah belakang kaki, dapatkan rawatan segera. Perkara ini mungkin disebabkan oleh pembentukan darah beku pada kaki.

5. Buat senaman regangan dalam kapal terbang

Duduk berjam-jam membuatkan kaki mudah bengkak dan kejang. Bangun dan jalan sebentar setiap jam. Lancarkan peredaran darah dengan lakukan regangan ringan.

Dalam keadaan duduk atau berdiri, lakukan regangan dengan mengerakkan jari kaki, regangkan kaki dan betis serta buku lali. Regangkan juga bahagian bahu serta leher.

Tak Perlu Risau Tentang Radiasi

Semua orang yang menaiki kapal terbang akan terdedah kepada sedikit radiasi di udara. Namun begitu, radiasi ini tidak akan membahayakan anda dan bayi. Begitu juga dengan pengimbas keselamatan di lapangan terbang. Hanya beg dan ‘luggage’ saja yang akan dilalukan dengan pengimbas x-ray. Pengimbas keselamatan untuk badan hanyalah untuk mengesan besi.

Jika kondisi kehamilan tidak mengizinkan anda untuk terbang, jangan bersedih kerana terdapat pelbagai tempat menarik dalam Malaysia untuk menenangkan minda dan meluangkan waktu bersendirian.

Jika kita mengandung anak pertama, inilah kali terakhir untuk kita ‘travel light’  dan menikmati masa bersendirian, berdua atau bersama pasangan!

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping