SELALU SANGAT IBU HAMIL NI EMOSI TAK STABIL? NI SEBABNYA YANG ENCIK SUAMI KENA TAHU !!

Kalau ibu hamil ni selalu sangat dikaitkan dengan emosi kan… sebab apa? Sebab bila hamil memang emosi jadi tak menentu. Cepat sensitif dan mudah terasa walaupun hanya sekecil benda. Yang jadi rungsing encik suami lah..

Jadi, sebab itu lah encik suami kena tahu kenapa ibu hamil ni mudah terasa dan cepat sensitif.

 

1) Penat

Bila berbadan dua ni, ibu kena sesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku pada diri. Masa trimester pertama, ibu diuji dengan masalah alahan dan kerap ke tandas. Bila alahan, selera makan kurang hingga ibu cepat letih dan tiada tenaga. Kalau masuk trimester ketiga pulak, ibu susah untuk tidur malam. Ini disebabkan oleh bayi yang aktif dan kerap sakit pinggang. Keadaan ini jadikan ibu cepat penat hingga emosi jadi tak stabil.

2) Hormon tak stabil

Bila hamil, memang hormon berubah dan tak stabil. Sekejap okay, sekejap tak okay dan boleh berubah sekelip mata. Ada masa jadi manja dan ada masanya jiwa tak tenteram. Ragam sentiasa berubah yang buatkan ibu berperang dengan emosi sendiri. Sampai satu tahap susah untuk faham diri sendiri. Seolah-olah semua kerja serba tak kena.

3) Risaukan kandungan

Lumrah seorang perempuan yang bakal bergelar ibu ni terlampau risaukan kandungan. Ibu hamil mudah merasa bimbang akan keselamatan anak sejak dari awal kandungan lagi. Bila nak dekat due, lagi lah bertambah risau tu. Selalu sangat fikir sampai stress dan tak boleh tidur. Jadi, penting encik suami tenangkan dan yakinkan isteri supaya tidak terlampau fikirkan kandungan.

4) Suami tak ambil tahu

Ibu hamil akan jadi lebih sensitif bila encik suami langsung tak ambil tahu akan bayi yang dikandung. Semua perkara ibu hadap sendiri. Check up klinik, kerja rumah semua buat sendiri. Lagi bengang kalau suami asyik duk layan telefon jer tanpa beri perhatian pada isteri yang tengah hamil. Jadi ibu bukan hanya letih fizikal tapi juga mental disebabkan oleh sikap suami yang langsung tak ambil kisah akan dirinya.

5) Persekitaran negatif

Semasa mengandung, pentingnya suami sentiasa ada di sisi. Suami yang penyayang dan mengambil berat adalah harapan isteri. Jadi pentingnya suami untuk elakkan berada dalam persekitaran negatif yang boleh rosakkan suasana dan hubungan kerana risau boleh beri kesan pada kandungan. Elakkan diri daripada orang-orang yang boleh jatuhkan emosi sehingga ibu hamil jadi cepat sensitif.

Haa dah jelas ke encik suami? Jadi sebab tu lah penting tau suami mainkan peranan dan beri perhatian pada isteri yang tengah hamil. Semoga bermanfaat yer.

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping