NAK ISTERI HAPPY WAKTU BERPANTANG? TAPI MACAM MANA CARANYA?

Setelah selamatnya isteri melahirkan zuriat yang ditunggu-tunggu, fasa yang seterusnya adalah fasa berpantang. Seperti yang kita sedia maklum, ketika berpantang isteri tak dapat lakukan banyak benda sendirian tau. Oleh itu, perlunya bantuan dan sokongan moral dari suami. Diharap suami janganlah lari dari tanggungjawab membantu isteri ketika berpantang, biar isteri senyum sampai ke telinga menerima bantuan dari suami tercinta.

Banyak tau cara nak happy kan isteri time berpantang ni, jadi kat bawah ni admin dah listkan siap-siap tau. Sila take noted ya para suami.

 

 


1) bangun awal dari isteri

– alang-alang dah konsisten bangun awal tu, sediakan air mandian untuk isteri. Rebuskan air rebusan daun-daun kayu untuk memberi kesegaran tubuh badan. Nak lagi senang, rebus je mandian herba yang boleh didapati di kedai jamu.

 


2) sediakan makanan atau sarapan

– waktu isteri berpantang la, para suami boleh tunjuk bakat memasak. Kalau tak pandai sangat, air milo panas dan roti bakar pon dah memadai. Tak pon, cuba Google makanan berpantang dan resipi yang simple dan mudah untuk disediakan, biar isteri rasa lagi special 😍

 


3) cuba belajar mandikan bayi

– jangan takut tau untuk mandikan bayi, kalau tak pandai boleh belajar dan lama-lama akan mahir. Kalau masih tak yakin, paling kurang bantu isteri sediakan air mandian dan keperluan bayi. Isteri rasa terharu dan bayi pon akan dapat kasih sayang si ayah.

 


4) sentiasa berada di rumah

– Sekarang ni bukan masa yang sesuai untuk melepak dengan kawan-kawan tau. Jadi sentiasalah berada dekat dengan isteri supaya senang untuk isteri meminta bantuan.


5) pastikan persekitaran isteri dan bayi bersih dan kemas.

– Persekitaran yang bersih dan kemas amatlah penting time isteri berpantang ni. Jadi suami perlu main peranan, buang sampah, basuh pakaian isteri dan bayi, sidai baju, lipat baju bersih dan sebagainya.

 


6) jangan mengeluh penat di depan isteri

– Para suami take noted ya, sungguhpun penat jangan sesekali mengeluh di hadapan isteri. Nanti bertambah stress isteri yang sedang berpantang. Tunjuk semangat sikit di hadapan isteri tau.

 

Alhamdulillah, jadi banyak kan cara nak happy kan isteri time pantang ni. Cuma paling penting suami perlu ikhlaskan diri menjaga isteri, isteri kan amanah 😉. Sebelum ni isteri yang menjaga makan minum para suami, apa salahnya dalam tempoh berpantang suami pulak memanjakan isteri selama 44hari. Inilah masanya untuk suami buktikan cinta dan kasih sayang tau 😊

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping