SUAMI TOLONG INGATKAN ISTERI 5 PERKARA YANG PERLU DIBUAT SELEPAS BERSALIN

PERANAN SUAMI SANGAT PENTING DALAM RUMAHTANGGA. TIDAK KIRA DALAM APA HAL SEKALI PUN LEBIH-LEBIH LAGI SELEPAS ISTERI MELAHIRKAN ZURIAT.

Waktu itulah suami perlu sentiasa berada dengan isteri untuk beri sokongan dan peka dengan setiap perubahan emosi dan fizikal yang dialami isteri selepas bersalin. Jadi ini adalah sedikit panduan yang suami perlu tahu dan kena ingatkan isteri apa yang perlu dilakukan selepas bersalin. Semoga mendapat manfaat.

 

1) BERI PELUKAN DAN DAKAP ANAK KEDADA ANDA.

Pastikan bayi disusukan dan dapat semua colostrum dari ibu sebab ianya sangatlah penting untuk melawan penyakit dari bayi. Sambil tu bolehlah ibu tatap puas-puas wajah si comel yang selama ini bermain dalam perut menemani kita.

 

2) KAWAL RASA SAKIT SELEPAS BERSALIN.

Ibu jangan menangis atau marah-marah jika mengalami luka yang teruk kesan dari bersalin. Mungkin ada antara ibu yang menerima pethidine, entonox atau epidural. Majoriti ibu-ibu akan pilih epidural untuk kurangkan sakit kontrasi yang datang. Tapi ibu kena tahu kesan bagi setiap ubat-ubat ni selepas bersalin agar lebih bersedia.

 

3) PESAN PADA ISTERI JANGAN MUDAH TERTEKAN BILA ANAK MENANGIS.

Bayi yang baru lahir belum terbiasa lagi dengan dunia barunya. Jadi ibu kena fikir yang baik-baik untuk anak. Anak menangis ni sebab dia rasa takut dan nak rasa kehangatan pelukan dari ibu. Altenatif lain untuk kurangkan tangisan anak, boleh pasangkan alunan ayat-ayat Al-quran disebelah ibu dan bayi bagi mengelakkan dari terkena gangguan.

 

4) JANGAN MUDAH MENGALAH BILA SUSU SIKIT SAHAJA YANG KELUAR.

Ibu perlu sentiasa positif mental dan kena kuat fizikal terutama selepas bersalin. Buat suami, berilah sokongan pada isteri untuk menyusukan anak. Berikan isteri makanan terbaik untuk merangsang susu badan seperti buah-buahan sunnah dan makanan tambahan. Ibu juga perlu sentiasa percaya ada susu dan pegang niat untuk terus menyusu anak sehingga umur 2 tahun.

 

5) PASTIKAN IBU MAKAN DAN MINUM SELEPAS BERSALIN.

Para suami perlu beri perhatian pada keadaan isteri setelah berjuang melahirkan anak, tentulah ibu sudah kehabisan banyak tenaga. Pastinya akan rasa sangat lapar dan haus yang luar biasa. Jadi, ibu perlu makan dan minum untuk menambah kembali tenaga yang hilang. Buat suami,boleh sediakan siap-siap milo panas, kurma, roti, biskut atau nestum sebagai bekalan untuk isteri.

 

Jadi, para suami perlu sentiasa bersedia dan peka dengan tanggungjawab anda. Sentiasalah ingatkan isteri, beri sokongan moral dan sama-sama berkerjasama menjaga anak setelah isteri bersusah payah mengandungkan dan melahirkan zuriat anda. Hargailah setiap pengorbanan seorang isteri dan ibu kerana proses kehamilan, melahirkan, penyusuan dan menjaga anak bukanlah suatu perkara yang mudah.

 

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping