TIPS KEKAL CERGAS DAN BERTENAGA KETIKA HAMIL

 

PENTING ATAU TIDAK UNTUK JAGA KESIHATAN FIZIKAL BADAN KETIKA HAMIL?

Hai ibu – ibu. Seperti mana yang kita semua tahu kebanyakan ibu bila mengandung mesti akan rasa penat dan tak bertenaga kan?

Sampaikan asyik tidur jer memanjang. Nak kemas rumah tak larat, nak masak lagi la tak bertenaga kan? Jadi persoalannya sekarang penting tak untuk jaga kecergasan fizikal masa hamil ni sebenarnya?

Kalau anda nak tahu, kesihatan fizikal ni sangat penting untuk dijaga ketika hamil. Kalau badan tak sihat dan tak cergas, macam mana anak dalam kandungan nak sihat kan? Jadi faktor kesihatan tubuh badan ibu sangat mempengaruhi kesihatan bayi yang dikandung.

Jadi hari ni, admin nak kongsikan beberapa tips untuk sentiasa kekal cergas dan bertenaga ketika hamil.

 

1. AMALKAN SENAMAN RINGKAS SETIAP HARI

Senaman ni memang sangat jarang diamalkan oleh ibu – ibu hamil. Anda jangan ingat ibu hamil tak perlu bersenam tau. Sebenarnya senaman ni memang sangat membantu ibu – ibu untuk kekal cergas ketika hamil ya.

Senaman ni bukan lah senaman yang lasak – lasak ya tapi senaman yang ringan – ringan sahaja. Senaman ringan seperti berjalan atau yoga sangat sesuai untuk dilakukan oleh ibu – hamil ketika hamil.

Senaman ni boleh ibu – ibu amalkan setiap pagi atau petang selama minimum 30 minit setiap hari. Senaman ni boleh membantu mengekalkan kesihatan organ penting seperti jantung dan paru – paru. Jadi bila bila badan dah sihat semestinya badan anda pun akan rasa lebih cergas dan bertenaga.

 

2. MENGAMALKAN PEMAKANAN YANG SIHAT

Pemakanan yang sihat juga memainkan peranan yang penting ya ibu – ibu. Ibu hamil sangat disarankan untuk menjaga pemakanan dan mengambil makanan mengikut piramid makanan.

Pemakanan yang sihat akan memastikan bayi mendapat khasiat yang cukup dan sempurna selain dapat membantu selain dapat membantu tumbesaran bayi yang sempurna. Ibu hamil hendaklah tidak mengambil makanan yang merbahaya seperti makanan yang tinggi kandungan gula seperti kek atau jem dan minuman berkarbonat.

Makanan yang tinggi kandungan gula dan minuman berkarbonat ni boleh memberi risiko kepada ibu untuk mengidap diabetes.  Diabetes ketika hamil ni boleh mendatangkan banyyak risiko negative seperti keguguran, kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan banyak lagi.

Jadi untuk mengelakkan berlakunya komplikasi – komplikasi negative ini ibu – ibu mestilah banyak mengambil makanan – makanan yang berkhasiat seperti sayur – sayuran, buah- buhan, daging, makanan laut, bijirin atau kekacang. Ibu – ibu juga boleh mengambil makanan – makanan sunnah seperti madu lebah, kismis, kurma, buah tin, zaitun dan susu kambing.

 

3. AMBIL VITAMIN DAN SUPLEMEN TAMBAHAN

Selain mengambil makanan – makanan yang berkhasiat, anda juga boleh mengambil suplemen atau vitamin tambahan seperti asid folik.

Asid folik ni mempunyai banyak kelebihan untuk ibu hamil dan bayi seperti mengelakkan kecacatan tiub saraf, mengurangkan risiko sumbing, membantu perkembangan bayi, mencegah anemia, mengurangkan komplikasi sepanjang kehamilan dan kelahiran.

 

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kesihatan fizikal dan mental ibu hamil sangat mempengaruhi perkembangan dan kesihatan bayi. Dan jangan lupa juga ya sokongan encik suami juga memainkan peranan penting untuk si isteri berasa lebih bersemangat dan yakin. Akhir kata semoga perkongsian ini bermanfaat untuk ibu hamil diluar sana supaya sentiasa bertenaga ketika hamil dan semoga dipermudahkan urusan sepanjang kehamilan. Amin

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping