TUGAS SEORANG SUAMI SEPANJANG ISTERI MENYUSUKAN ANAK

 

Tugas seorang suami bukan sahaja memberi nafkah untuk si isteri, tetapi banyak lagi yang perlu dilakukan dalam kehidupan berumah tangga ni. Antaranya ialah, ketika si isteri sedang menyusukan anak. Ini antara tugas seorang suami ketika isteri menyusukan anak :

 

 

SEDIAKAN MAKANAN YANG TERBAIK DAN SESUAI.

Bukan ibu sahaja yang perlu sediakan makanan terbaik untuk baby semasa menyusukan anak, tetapi si ayah juga perlu memainkan peranan penting untuk sediakan makanan yang berkhasiat dan yang terbaik untuk si ibu. Makanan yang disediakan haruslah sesuai dan terbaik bagi ibu yang sedang menyusukan anak. Makanan yang berkualiti, dan sesuai untuk penghasilan susu yang bagus untuk baby nanti.

 

 

FAHAMI ISTERI DAN BERI KERJASAMA.

Hal ini sangat penting bagi ibu dan ayah kerana tugas menyusukan anak bukanlah satu tugas yang mudah. Si ibu terpaksa bangun tengah-tengah malam dek kerana anak merengek kelaparan mahukan susu ibu. Si ibu sering tidak cukup dan rehat, jadi masa inilah tugas si ayah melaksanakan kerja rumah yang masih belum siap. Ringankan beban si isteri, bantu apa yang patut.

 

 

JANGAN BIARKAN SI ISTERI STRESS.

Umum tahu ketika menyusukan anak, fikiran ibu tidak boleh stress dan rungsing. Hal ini kerana perkara ini boleh mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Si ibu perlu banyak aura positif untuk mengharungi perjalanan penyusuan ini. Si suami haruslah sebagai pemberi semangat dan pendorong setia, jangan biarkan si isteri mengharunginya berseorangan.

 

Sumber rujukan : 9 Bulan 10 Hari

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal…
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu…
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Email : help@mamariam.com
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2024 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0

    Cart

    No products in the cart.

    Continue shopping