5 KELEBIHAN DUDUK RUMAH SENDIRI SELEPAS KAHWIN

Dunia perkahwinan berbeza selepas kehidupan bujang, apabila anda sudah berhajat untuk berkahwin dengan calon pilihan anda, pasti anda akan memikirkan juga tentang perbelanjaan yang diperlukan dalam mempersiapkan majlis perkahwinan anda.


Namun, anda juga akan sering terlupa atau buat-buat lupa mengenai persiapan anda selepas kahwin. Terutama dalam perbelanjaan lain, iaitu berpindah ke rumah baharu pula, hanya berdua bersama pasangan anda sahaja. Sudahkah anda dan pasangan berfikir mengenai persiapan ini?


Ditambah pula dengan kos hidup yang tinggi dan harga rumah sewa yang mahal, jauh dari tempat kerja serta tidak mempunyai kenderaan menjadikan pasangan yang baru berkahwin berhadapan dengan beberapa masalah yang perlu difikirkan sebelum berpindah.


Tetapi, selama mana anda akan mampu bertahan untuk terus tinggal di rumah keluarga anda mahupun pasangan anda? Pasti banyak yang makan hati. Kalau si isteri, apabila sebumbung dengan mak mertua, pasti ada sahaja yang tidak kena kan? Si suami pula, kalau tinggal sebumbung dengan mertua, pasti berasa tak selesa juga kan?


Ada 5 kelebihan admin nak kongsikan buat pasangan yang dah lama berkahwin dan baru berkahwin tinggal di rumah sendiri.

1. Menjaga Privasi

Duduk di rumah sendiri dapat menjaga aurat dan privasi kedua-dua pasangan. Suami isteri bebas kemana sahaja dalam rumah tanpa menjaga batas aurat dengan ipar. Pasangan juga selesa menggunakan barang-barang rumah seperti memasak, makan minum, mengemas dan lain-lain aktiviti tanpa campur tangan keluarga dan ipar. Selain itu, Keluarga juga tidak dapat masuk campur kalau ada konflik. Jika ada perselisihan faham, hanya pasangan yang tahu. Keluarga tidak boleh masuk campur kerana rumah berasingan. Pasangan juga belajar berkompromi bertolak ansur serta menguruskan konflik keluarga tanpa ada campur tangan orang lain.

2. Belajar berdikari

Mengajar pasangan berdikari dan tidak bergantung pada keluarga. Jika anda selama ini bergantung pada keluarga, bila masuk alam berumah tangga dan tinggal di rumah sendiri semuanya mesti dibuat sendiri. Ia mengajar anda untuk belajar lebih berdikari serta belajar menyelesaikan masalah sesama pasangan bertanggungjawab.

3. Menjaga silaturahim antara keluarga

Ingat, perkara yang remeh pun mampu membuatkan pasangan anda makan hati dengan setiap perbuatan mahupun lisan yang disampaikan oleh keluarga anda. Oleh itu, untuk menjaga kemesraan itu, anda seharusnya mengelakkan dari ianya berlaku. Hanya kerana kata-kata ringkas mampu membuat isteri atau suami anda makan hati oleh itu dengan duduk beransingan dapat mengelakkan perkara ini berlaku.

4. Menjaga Ekonomi

Apabila anda dah berpindah dari rumah keluarga anda ke ruimah sendiri bersama psangan anda, sedar tak sedar anda sudah dapat belajar hidup secara berdikari. Setiap permasalahan yang berlaku antara anda dan pasangan sudah menjadi tanggungjawab anda sendiri mencari penyelesaian untuknya.Pasangan baru berkahwin boleh belajar menjaga ekonomi dalam rumah tangga. Berbelanja ikut kemampuan diri. Jika dulu tidak ada duit minta keluarga, sekarang bila sudah berkahwin, susah senang anda tanggung bersama.

5. Dapat merancang masa depan dengan lebih baik

Setiap pasangan pasti mengimpikan dikurniakan cahaya mata sejurus mereka mendirikan rumah tangga kan. Anak-anak adalah penyeri dalam rumah tangga anda. Apabila anda tinggal di rumah sendiri, matlamat dalam membesar dan mendidik anda seperti yang diimpikan akan lebih mudah tercapai dan senang mengatur kehidupan.


Kesimpulannya, ini antara kelebihan bila berumah sendiri selepas kahwin. Jika ada peluang tinggal sendiri baiklah tinggal sendiri. Kita boleh corak rumahtangga kita ikut rentak kita sendiri. Bukan bermakna buang ibu bapa lepas kahwin. Tapi, Ibu dan bapa tak boleh masuk campur tapi sebagai penasihat. Jika ibu atau ayah tinggal sendiri malah uzur pula ada baiknya berbaktilah selagi ada hayatnya.

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping