ANAK BERDENDAM DENGAN IBU BAPA? IBU BAPA PERLU SEDAR SETIAP PERBUATAN DAN TINGKAH LAKU ANDA DAPAT MEMPENGARUHI EMOSI DAN MENTAL ANAK.

Setiap anak mempunyai keinginan dan impian tersendiri. Tetapi ibu bapa sekarang lebih kepada menyekat dan tidak menghormati kemahuan atau keputusan anak. Perlakuan ini boleh menyebabkan anak-anak kecewa dan akan mula menyimpan dendam dengan ibu bapanya sendiri.


Jiwa anak yang suci boleh memahami sama ada kemarahan kita bertujuan untuk mendidik atau hanya ingin melepaskan tekanan. Sebelum memarahi mereka, ingatlah bahawa mereka juga manusia yang mempunyai perasaan sama dengan ibu bapa. Perasaan anak mungkin akan ‘tercedera’ dan mula berdendam jika ibu bapa tersalah niat dalam mendidiknya. Terdapat beberapa punca yang menyebabkan anak menyimpan dendam kepada ibu bapa. Jom baca sampai habis, semoga info ini bermanfaat buat semua ibu bapa.

1) MERENDAH RENDAHKAN ANAK


Biasanya perangai anak boleh dilihat melalui sikap ibu bapanya sendiri kerana ibu bapalah yang dilihat setiap hari oleh mereka. Jadi setiap tutur kata dan tingkah laku ibu bapa boleh ditiru oleh anak.


Kalau ibu bapa suka merendahkan anak dan memarahi dengan bahasa kasar, tidak mustahil anak juga akan bertindak sedemikian terutamanya bila anak dah besar nanti. Jadi tunjuklah contoh yang terbaik sebagai ibu bapa kepada anak.

2) MELABEL ANAK DENGAN SESUATU YANG NEGATIF


Tanpa sedar ibu bapa lebih suka melabelkan anak dengan perkataan yang negatif. Kata-kata negatif seperti nakal, anak lasak, anak lambat dan sebagainya semua itu keluar dari mulut ibu bapa sendiri. Perkara ini amatlah salah untuk diterapkan kerana ibu bapa sendiri seolah tidak percaya dengan anak sendiri.


Emosi anak yang terus terusan dilabel negatif akan terganggu dan akan menyebabkan mereka ingat selama-lamanya hal ini. Sebaliknya, gunakan kata-kata yang positif kepada anak untuk naikkan semangat mereka.

3) MEREMEH REMEHKAN ANAK


Kita sebagai ibu bapa perlulah sambut dan hargai dengan terbuka setiap hasil kerja atau perbuatan baik yang dilakukan oleh anak. Sekiranya hasil kerja tidak seperti yang ibu bapa harapkan sebaiknya beri teguran yang sesuai dan masuk akal tanpa meremehkan mereka.


Kadang-kadang bila anak selalu diremehkan akan membuatkan mereka rasa tidak dihargai dan boleh hilang kepercayaan diri. Jadi hati-hati dalam bertutur kata dengan anak-anak.

4) MEMBANDING BANDINGKAN ANAK


Memang menjadi lumrah ibu bapa suka membandingkan anak sendiri dengan kanak-kanak lain dengan tujuan untuk meningkatkan lagi keinginan anak untuk berjaya. Betul tak? Sebenarnya tanpa sedar perbuatan ini boleh menganggu mental dan emosi anak.


Jadi sebagai ibu bapa yang mendidik seharusnya elakkan perbandingan ini dan hargailah si comel anda kerana setiap anak mempunyai keunikan dan kelebihan tersendiri. Mereka hanya memerlukan sokongan dari ibu bapa untuk lebih berjaya.

5) KERAP JERKAH DAN TENGKING ANAK


Ibu bapa janganlah terlalu emosi sehingga boleh ‘menakutkan’ anak-anak. Jika perkara tersebut sudah terjadi tanpa sengaja, tidak mengapa. Segeralah peluk si comel dan meminta maaf kepadanya.


Jangan lupa, beritahu mereka yang kita sangat sayangkan mereka dan tujuan marah adalah untuk membetulkan perkara yang salah sahaja.

Kesimpulannya, kepada ibu bapa di luar sana, tegurlah anak dengan berhemah dan tidak melampau kerana si kecil akan faham bahawa ibu dan ayahnya memarahi mereka bukan kerana benci, sebaliknya untuk mendidik. Pilihlah perkataan yang baik semasa berkomunikasi dengan anak. Jadi, ibu bapa perlu elakkan dari melakukan semua punca-punca diatas dan jangan biarkan anak merasa kurang kasih sayang.

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping