5 KESILAPAN PASANGAN IKHTIAR HAMIL

 

Beroleh zuriat sememangnya menjadi impian setiap pasangan yang telah berkahwin di luar sana.

Namun, bukan semudah ABC untuk berjaya hamil. Masih ada segelintir pasangan masih berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. Menurut pakar, ramai pasangan suami isteri tidak berjaya hamil disebabkan beberapa kesilapan yang sering dibuat oleh mereka.

 

Kesilapan seperti apakah? Jom sama-sama kita semak. Semoga kesilapan ni tak diulangi dan dipermudahkan urusan ikhtiar inshaAllah.

 

1) SALAH KIRA WAKTU SUBUR

Ni kes paling banyak terjadi dekat pasangan ikhtiar hamil. Majority akan anggap dan yakin waktu subur mereka adalah hari ke-14 dari hari pertama haid. Bukan bukan bukan. Waktu subur berbeza untuk setiap individu bergantung kepada kitaran haid masing-masing. Jadi, waktu subur mungkin tidak akan berlaku pada tarikh yang sama untuk setiap bulan. Jalan paling selamat, pastikan dan ketahui kitaran haid bulanan anda. Catat atau gunakan aplikasi untuk bantu anda.

 

2) BERSAMA HANYA PADA WAKTU SUBUR

Pakar mengatakan sperma mampu aktif selama 3 hingga 5 hari. Jadi, sekiranya bersama beberapa hari sebelum waktu subur, peluang untuk berjaya hamil tu agak tinggi kerana sperma telah pun aktif.  Jadi, tidak sepatutnya bersama hanya pada waktu subur.

 

3) BERHENTI MENUDING JARI PADA PASANGAN

Masyarakat sekeliling jika pasangan tidak dikurniakan cahaya mata, pasti disalahkan pihak perempuan.  Tidak sepatutnya terjadi kerana tidak semestinya punca sukar hamil tu datangnya dari pihak isteri. Para suami sepatutnya menyokong dan membantu untuk sama-sama ikhtiar hamil. Bukan hanya terus mendengar dan menyokong kata-kata makcik bawang. Selain daripada masalah isteri tidak subur,  para suami juga berkemungkinan menghidap masalah mani tiada sperma menyebabkan isteri sukar untuk hamil. Jadi, berhenti menuding jari pada pasangan ye !

4) PENGAMBILAN LEMAK TRANS YANG MELAMPAU

Lemak trans terbentuk bila cairan minyak menajdi lemak padat. Biasanya lemak ni ditemukan dalam produk makanan bergoreng atau dipanggang. Contohnya, pizza, kerepek, popcorn, kentang goreng dan sebagainya. Dalam erti kata mudah, makanan yang bersifat segera kebiasaannya mempunyai lemak trans. Jadi, ajar diri untuk hindari atau kurangkan pengambilan lemak trans.

 

5) LAMBAT DAPATKAN NASIHAT DAN RAWATAN DARI PAKAR

Untuk pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, mungkin akan merasa sedikit overreact untuk berjumpa dengan pakar. Namun, ianya sangat membantu kerana jika terdapat sebarang masalah, pasangan boleh mendapatkan rawatan dari awal.

Terutama jika pihak suami atau isteri telah dikenalpasti mempunyai masalah dalaman dan sebagainya. Jumpa dan rujuk pakar secepatnya ye !

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping