APA SUAMI PERLU BUAT BILA ISTERI HAMIL BANGUN TENGAH MALAM?

Masalah susah tidur ketika hamil boleh bermula seawal trimester pertama lagi. Bagi sesetengah wanita, ia mungkin akan berkurang seiring dengan pertambahan usia kehamilan. Tapi, sebahagian wanita mengalami masalah tidur yang lebih teruk apabila bayi bertambah besar.

Malah, kehadiran simptom-simptom kehamilan yang lain seperti sakit badan, pedih ulu hati, kekejangan kaki dan pelvis, atau kerap terkencing di waktu malam.

Perubahan hormon dan fizikal seringkali disebut-sebut sebagai punca pelbagai ketidakselesaan semasa mengandung. Mungkin ada wanita yang memikirkan bahawa mereka cuma akan mengalami masalah tidur selepas kehadiran bayi. Tapi, sebenarnya ia boleh bermula sebelum itu lagi.

Berikut adalah beberapa cara untuk suami bantu isteri atasi masalah susah tidur ketika hamil :

1. BUATKAN ISTERI SEGELAS SUSU

Menurut laman web kesihatan Fit Pregnancy, minum segelas susu suam sebelum tidur dapat membantu kita tidur dengan lebih lena pada waktu malam.

Ramai pakar berpendapat bahawa asid amino L-trytophan yang terkandung di dalamnya menjadikan paras serotonin meningkat hingga membuatkan kita berasa mengantuk.

 

2. BANTU ISTERI DAPATKAN POSISI TIDUR YANG SESUAI

Sekiranya isteri selalu mengalami masalah pedih ulu hati, cuba gunakan beberapa biji bantal untuk membantu mendapatkan posisi yang lebih sesuai, di mana bahagian kepala ditinggikan dengan cara yang selesa.

Selain itu, boleh cuba dapatkan bantal kehamilan yang direka khas untuk membantu ibu hamil tidur supaya isteri lebih mudah lena.

 

3. JANGAN BIARKAN ISTERI TIDUR SEMASA PERUT KOSONG

Menurut pakar pemakanan, rasa loya atau mual lebih mudah menyerang sekiranya tidur dalam keadaan perut kosong. Oleh itu, untuk mengelakkannya daripada mengganggu tidur isteri, pastikan mereka mengambil sedikit snek berprotein tinggi seperti sandwich, kekacang, atau buah-buahan.

 

4. BERI URUTAN PADA ISTERI

Antara perkara yang paling menenangkan dan membantu masalah isteri susah tidur ketika hamil adalah urutan. Apabila diurut dengan minyak aromaterapi, ia sedikit sebanyak melancarkan peredaran darah.

Selain memberi kelegaan, urutan dari suami juga dapat menenangkan perasaan isteri dan merapatkan lagi hubungan.

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping