KENAPA SUAMI PERLU BERADA DI SISI ISTERI SEMASA BERSALIN?

Ramai suami yang takut menemani isteri semasa bersalin. Tapi sebenarnya, sebagai seorang suami tak perlu takut dan jangan biarkan isteri bersalin seorang diri tanpa ditemani. Kerana saat sukar itu, memang memerlukan suami di sisi. Jadi temanilah isteri.

Bila suami di sisi, isteri akan dapat lebih kekuatan untuk bersalin. Kesakitan memang tidak boleh dikurangkan, tapi dengan adanya sokongan dari suami akan membuatkan isteri lebih kuat.

Berikut adalah beberapa sebab untuk suami perlu berada di sisi isteri semasa bersalin:

.

1. Memberi Semangat Kepada Isteri

Proses untuk melahirkan anak tentu sekali bukanlah satu perkara yang mudah. Ia merupakan perjuangan zahir dan batin, fizikal dan emosi seorang wanita yang lemah. Tidak ada satu kesakitan pun di atas dunia ini yang boleh menggambarkan betapa sakit dan pedihnya kesakitan yang dialami sewaktu melahirkan anak. Dan kesukaran ini bukan sahaja dari buah mulut manusia, tetapi telah dirakam oleh Allah dalam Al-Quran.

Maka, dengan kehadiran suami tercinta dalam bilik bersalin sudah tentu sedikit sebanyak akan menyuntik semangat si isteri untuk terus bertahan.

.

2. Mendoakan Kemudahan Untuk Isteri

Doa merupakan senjata utama buat para suami untuk isterinya. Doa serta kata-kata baik yang diluah oleh suami, sedikit sebanyak akan membantu si isteri dalam mengawal emosinya dan menenangkan hatinya.

 

3. Hargai Perjuangan Seorang Isteri

Sebagai suami, hargai dan ingati setiap perjuangan yg isteri lakukan. Sebesar besar perjuangan mereka adalah semasa bersalin. Bagaikan 12 tulang belakang dipatahkan sekaligus, kesakitan yang jelas tidak boleh dibayangkan.

Untuk memori ini, sudah pasti suami seharusnya berada dalam rangka waktu dan tempat kejadian itu sendiri. Barulah nanti saat anak-anak sudah besar, suami boleh dengan terujanya menceritakan pengalaman ketika si ibu melahirkan mereka.

.

4. Mendukung & Mengazankan Anak

Apabila suami berada di dalam bilik bersalin, sudah tentu lebih mudah untuk suami menyambut bayi yang baru lahir, mendukungnya dengan penuh kasih sayang kemudian mengazankan sayup-sayup ke telinga kecilnya dengan kalimah-kalimah yang membesarkan Allah.

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat para suami. Jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan yang lain tau!

 

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping