7 PENJAGAAN YANG IBU HAMIL PERLU TAHU SEWAKTU TRIMESTER PERTAMA

Mengandungkan bayi selama 9 bulan merupakan detik terindah yang dirasakan oleh setiap ibu hamil. Sebenarnya apa ya yang terjadi semasa bayi menendang perut ibu ? boleh dikatakan bahawa gerakan tersebut boleh dianggap sebagai komunikasi paling intim yang terjadi antara 2 nyawa iaitu ibu dan anak.
Namun begitu, penjagaan kehamilan pada trimester pertama adalah sangat penting dan memerlukan penjagaan sepenuhnya kerana dalam tempoh ini sebarang kemungkinan boleh berlaku seperti keguguran.
Berikut adalah perkara yang ibu hamil perlu beri perhatian semasa semester pertama:

1) Banyakkan amalan meningkatkan rohani

– Selain dari penjagaan tubuh badan dan bayi, penjagaan rohani juga perlu diutamakan. Sentiasa solat dhuha, hajat dan tahajjud bagi orang islam dan bukan islam pula boleh sentiasa berdoa untuk mengelakkan masalah tidak diingin berlaku.

2) Jangan terlalu banyak melakukan aktiviti lasak

– Bagi ibu yang tidak sedar bahawa mereka sedang berbadan dua, golongan ini sangat perlu untuk lebih berhati-hati. Akibat yang boleh berlaku jika melakukan kerja-kerja berat dan lasak adalah keguguran boleh berlaku.
– Golongan ini perlu banyak berehat dan kurangkan aktiviti yag boleh memberikan implikasi kepada bayi dalam kandungan

3) Kawal emosi dan elakkan stres yang melampau

– Emosi dan stress boleh dikatakan 90% sudah sebati dengan wanita lebih2 lagi untuk ibu hamil. Adalah sangat logik apabila emosi ibu hamil menjadi sensitif dan mudah tersinggung.
– Oleh sebab itu, ibu hamil perlu mempersiapkan diri untuk lebih bersabar dalam setiap hal dan tangani dengan berhemah. Mood bayi dan ibu juga akan sentiasa baik.

4) Mengamalkan pemakanan yang sihat semasa trimester pertama.

– Makanan yang paling baik untuk ibu hamil semasa hamil adalah buah-buahan, sayur-sayuran kekacang dan ikan. Ini kerana masalah paling utama untuk trimester pertama ialah morning sickness.
– Makanan ini adalah sangat baik untuk merawat morning sickness, meningkatkan pertumbuhan bayi dan perkembangan otak bayi.

5) Ibu hamil tidak digalakkan ambil ubat tanpa kebenaran doktor.

– Semasa kehamilan trimester pertama, ibu akan merasakan bahawa terdapat sedikit perubahan pada tubuh badan. Oleh sebab itu, ibu hamil tidak digalakkan untuk ambil sebarang ubat yang boleh memudaratkan jika tidak selesa dengan perubahan tersebut. Keadaan itu adalah normal.
– Selain itu, batuk dan badan rasa tidak selesa adalah perkara normal untuk trimester pertama.

6) Pengawalan berat badan yang berterusan

– Betul ibu- ibu semua, penjagaan berat badan secara sistematik ini dapat mengelakkan berlakunya masalah seperti hb rendah dan kencing manis. Berat badan terlampau (obesiti) dan berat badan tersangat rendah boleh mengganggu proses pertumbuhan bayi.

7) Amalkan pemakanan tambahan

– Kecacatan pada tumbesaran bayi secara lazimnya adalah sangat kerap berlaku semasa kehamilan pertama ye ibu-ibu hamil. Ibu hamil perlu mengambil makanan yang sangat diperlukan oleh badan dan sangat baik untuk tumbesaran bayi seperti jus mamariam. Ini kerana jus mamariam diformulasikan untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan.

Penjagaan kehamilan pada trimester pertama adalah sangat penting sehingga bersalin. Ini adalah kerana risiko keguguran dan kecacatan pada janin adalah sangat tinggi di trimester pertama berbanding trimester kedua dan ketiga.

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping