CARA MENGATASI PERUT KEMBUNG SEMASA MENGANDUNG TANPA UBAT

SERING MENGALAMI MASALAH KEMBUNG PERUT KETIKA HAMIL? JOM AMALKAN TIPS INI UNTUK MENGATASINYA TANPA UBAT.

Perut kembung dan berangin antara masalah yang sering dihidapi tidak kiralah daripada bayi, orang dewasa hinggalah warga tua. Wanita hamil juga tidak terkecuali. Malah, masalah perut kembung semasa mengandung adalah salah satu masalah paling kerap berlaku pada wanita.

PUNCA PERUT KEMBUNG SEMASA MENGANDUNG

1. PERUBAHAN HORMON PROGESTERONE

Hormon progesterone sebenarnya membantu wanita hamil kekal sihat sepanjang kehamilan. Apabila wanita hamil, proses pencernaan yang diaktifkan oleh hormon ini menjadi perlahan menyebabkan perut mudah masuk angin, kerap sendawa dan kentut.

2. SEMBELIT

Apabila wanita hamil makan, bayi dalam rahim akan mengambil nutrisi dan air dalam makanan itu. Sisa makanan yang kering akan menjadi najis yang keras, dan ia akan menyebabkan sembelit dan perut kembung semasa mengandung.

3. PERTAMBAHAN BERAT BADAN

Wanita hamil biasanya akan makan lebih banyak daripada biasa dan jarang bersenam. Apabila berat badan bertambah, perut akan menjadi semakin tidak selesa dan kembung. Namun begitu, wanita hamil tidak digalakkan mengambil ubat untuk membuang angina kerana ia boleh menjejaskan kandungan.

JADI APA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENGURANGKAN PERUT KEMBUNG SEMASA MENGANDUNG?

1. BANYAKKAN PENGAMBILAN CECAIR

Air dan jus buah buahan mampu meningkatkan cecair dalam badan. Selain itu, sup dan buah buahan yang mempunyai tinggi kandungan air juga boleh diamalkan.

2. MAKAN DALAM KUANTITI KECIL

Setiap kali makan, pastikan ia dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap. Dengan ini, makanan mudah dicerna dan dapat mengelakkan perut kembung semasa mengandung. Ia juga dapat mengurangkan masalah sembelit.

3. KUNYAH PERLAHAN-LAHAN

Elakkan makan terburu-buru agar saluran usus tidak ‘overload’ dan dalam masa yang sama anda akan menelan angin yang boleh menyebabkan perut kembung.

4. BANYAKKAN SERAT

Serat memudahkan penyerapan pada sistem pencernaan dan memudahkan pengaliran makanan dalam badan. Antara makanan yang tinggi kandungan serat ialah keladi, lobak, whole wheat, epal, pear dan oatmeal.

5. KURANGKAN MAKANAN BERMINYAK DAN BERANGIN

Bawang merah, kubis, brokoli adalah antara makanan penyebab angin dalam badan.
Makanan berminyak pula melambatkan proses pencernaan yang menyebabkan masalah perut kembung semasa mengandung bertambah buruk.

6. KURANGKAN GULA YANG DIPROSES

Normal bagi ibu hamil mengidam benda-benda yang manis ketika mengandung. Kurangkan minum minuman berkarbonat dan jus buah dalam tin atau botol kerana ia mempunyai kandungan gula yang tinggi. Anda disarankan minum jus perahan segar terutamanya buah aprikot, pisang dan peach sebagai pengganti gula-gula dan minuman dalam tin.

7. ELAKKAN MENGAMBIL MAKANAN MENGANDUNGI SORBITOL

Chewing gum dan makanan pengurus badan adalah antara makanan yang mengandungi sorbitol, ia akan menyebabkan perut kembung dan berangin semasa mengandung.

8. TENANGKAN DIRI SEBELUM DAN SEMASA MAKAN

Elakkan makan dengan gelojoh kerana semasa makan udara akan masuk bersama ke dalam badan. Anda dinasihatkan, tarik nafas sebelum makan, dan pastikan makan dengan tenang tanpa tergesa gesa.

9. BUAT SENAMAN SETIAP HARI

Kerap duduk juga akan menyebabakn angin dalam perut sukar keluar. Anda haruslah sentiasa lakukan pergerakan supaya angin dalam perut mudah keluar.

10. CATAT SENARAI MAKANAN

Setiap kali selesai makan, catat apa yang sudah diambil. Jika dalam masa enam jam selepas makan anda mengalami perut kembung, ia akan memudahkan anda untuk kenal pasti jenis makanan yang membuatkan perut anda kembung.

Biasanya, masalah perut kembung semasa mengandung berlaku pada awal kehamilan. Apabila masuk ke peringkat akhir kehamilan, masalah ini akan berkurangan. Tetapi jika masalah perut kembung semasa mengandung berpanjangan hingga sakit seluruh badan, cirit-birit dan pendarahan pada najis, segera lakukan pemeriksaan di klinik berdekatan. Dikhuatiri jika keadaan ini berterusan akan menjejaskan kandungan.

SUMBER: https://siraplimau.com/perut-kembung-semasa-mengandung/

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping