Berita hamil adalah satu kegembiraan kepada isteri mahupun suami. Apabila isteri mula hamil maka tanggungjawab suami akan menjadi lebih besar. Ketika hamil, isteri biasanya akan mengalami perubahan hormon dan emosi. Jadi, di sini saya listkan apa yang perlu Cik Abang buat bila isteri berbadan dua.
Elakkan biar isteri terlalu lama di rumah. Sesekali, bawalah isteri keluar jalan-jalan dan indahkanlah emosinya. Aura positif penting buat isteri dan anak di dalam kandungan happy.
Isteri yang berbadan dua sentiasa mahukan Cik Abang sedia membantu tanpa dipinta. Tambahtambah bila makin meningkat usia kandungan, memang akan cepat letih dan stres.
Maka ringan-ringankanlah tangan untuk membantu isteri. Bagi yang sudah mempunyai anak, bantuan dari Cik Abang sangat diperlukan untuk mengendalikan anak-anak yang lain.
Jangan biarkan isteri membuat checkup bersendirian. Jika ada masa terluang, temanlah isteri buat checkup bulanan ataupun mingguan sebagai tanda cik abang ikuti progress si comel & menghargai pengorbanan isteri mengandungkan zuriat anda.
Cik abang seharusnya banyakkan sabar ketika isteri dalam fasa kehamilan. Kebanyakan isteri hamil, emosinya akan lebih sensitif. Pekalah akan perubahan emosi si isteri dan belailah isteri anda agar dirinya lebih tenang.
Jadilah pendengar yang baik serta peluklah isteri ketika dia sedang beremosi. Pasti hati isteri akan merasa tenang dan bahagia.
Mengidam semasa hamil adalah perkara yang normal. Sebagai suami penyayang, berusahalah untuk memenuhi kehendak isteri tercinta.
Cik Abang wajib sentiasa beri perhatian tentang pemakanan isteri dan sentiasa sediakan makanan yang lebih berkhasiat agar si isteri serta bakal baby dapat khasiat yang cukup.
Kesimpulannya, fasa kehamilan 9bulan 10hari sangat mencabar tau. Isteri bila bersalin ibarat “sedang bertarung nyawa” lahirkan zuriat Cik Abang tanda kasihnya seorang isteri. Apa salahnya kan Cik Abang bantu ringankan beban sebagai tanda hargai isteri dan prihatin bakal seorang ayah.