Berita isteri selamat melahirkan zuriat adalah satu kegembiraan setelah menanti 9 Bulan 10 Hari. Dalam fasa berpantang, isteri biasanya akan mengalami perubahan hormon dan emosi.
Jadi, di sini saya listkan apa yang perlu Cik Abang buat bila isteri dalam tempoh berpantang.

1. Ringankan Beban Isteri
Isteri yang berpantang sentiasa mahukan Cik Abang sedia membantu tanpa dipinta. Maka ringan-ringankanlah tangan untuk membantu isteri.
Bagi yang sudah mempunyai anak, bantuan dari Cik Abang sangat diperlukan untuk mengendalikan anak-anak yang lain.

2.Sediakan Pemakanan yang Berkhasiat
Sebagai suami penyayang, berusahalah untuk memenuhi kehendak isteri tercinta. Cik Abang wajib sentiasa beri perhatian tentang pemakanan isteri.
Sediakan makanan yang lebih berkhasiat agar si isteri dapat khasiat yang cukup dan kekal bertenaga semasa dalam pantang.

3. Jaga Emosi Isteri
Cik Abang seharusnya banyakkan bersabar ketika isteri dalam fasa berpantang. Kebanyakan isteri yang berpantang emosinya lebih sensitif. Belailah isteri anda agar dirinya lebih tenang.
Jadilah pendengar yang baik serta peluklah isteri ketika dia sedang beremosi. Pasti hati isteri akan merasa tenang dan bahagia.

4. Luangkan Masa Bersama Isteri
Isteri dalam berpantang bukanlah tiket Cik Abang untuk keluar melepak. Sentiasalah berada disisi isteri supaya senang untuk isteri meminta bantuan sebagai tanda Cik Abang menghargai serta berterima kasih kepada isteri setelah bertarung nyawa melahirkan zuriat.

5.Belajar Menguruskan Bayi
Belajar untuk menguruskan bayi walaupun badan bayi masih lagi lembut. Cik Abang boleh cuba belajar dengan orang yang berpengalaman seperti ibu, ibu mertua dan boleh juga cuba belajar dalam google.
Kesimpulannya, fasa 44 hari berpantang memang mencabar. Apa salahnya Cik Abang bantu meringankan beban isteri sebagai tanda menghargai dan prihatin seorang suami.
Inilah masa yang sangat sesuai untuk suami buktikan kasih sayang dan cinta.